Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

PM Lee gesa warga bersatu atasi cabaran Covid-19

Mar 25, 2020 | 10:36 PM

SEDANG pandemik Covid-19 bertambah teruk di seluruh dunia, Singapura juga boleh menjangkakan lebih banyak kes di sini, dengan kepulangan warga Singapura dari luar negara, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Oleh itu, adalah penting golongan yang baru pulang dari luar negara ini mematuhi perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari.

“Anda harus lindungi keluarga anda dan orang lain sekiranya anda dijangkiti (virus itu), dan malangnya sesetengah mereka yang baru pulang dijangkiti (virus itu).

“Saya rasa senang kerana ramai yang bersikap bertanggungjawab dengan tidak keluar rumah tetapi ada yang tidak.

“Tolong patuhi – adalah tidak bertanggungjawab untuk keluar dan menjamu makanan setempat yang dirindui atau berpesta dengan teman-teman sedangkan anda sepatutnya tidak boleh keluar rumah dan mengasingkan diri,” kata Encik Lee.

Tambahnya, mereka yang melakukan demikian juga melanggar undang-undang.

Menerusi laman Facebook beliau hari ini (25 Mac), Encik Lee berkata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong telah memaklumkan tentang situasi Covid-19 sekarang kepada Parlimen dan apa yang boleh dijangkakan pada masa akan datang.

Langkah ketat yang telah dilaksana – termasuk sekatan perjalanan, jarak selamat, membatalkan perhimpunan keagamaan serta menutup pusat hiburan dan pusat tuisyen – bertujuan mengekang penularan koronavirus itu.

“Ini masa yang suram tetapi jika kita bekerjasama sebagai satu rakyat, kita akan mengatasi cabaran ini seperti yang dilakukan (generasi) perintis kita,” ujar Encik Lee.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian