Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee gesa warga bersatu tempuhi krisis, bina masa depan

* Kabinet paling teguh dibentuk bawa S'pura ke hadapan * Maliki antara tiga Menteri Kabinet baru
Jul 28, 2020 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong semalam menggesa warga Singapura supaya bersatu dan bekerjasama bukan sahaja dalam menangani cabaran pandemik Covid-19, bahkan mengatasi cabaran jangka lebih panjang untuk mengubah ekonomi dan mencipta masyarakat lebih insklusif.



Menurut Encik Lee, warga Singapura telah memberi Parti Tindakan Rakyat (PAP) mandat jelas di Pilihan Raya Umum (GE) dan Kabinet baru dan pemerintah telah pun memulakan tugas.



"Untuk terus berjaya, Singapura mesti sentiasa diterajui barisan pemimpin politik yang bermutu tinggi. Saya telah membentuk sebuah pasukan Kabinet yang paling teguh, untuk membawa Singapura maju ke hadapan," kata Encik Lee.



"Tugas Kabinet dan pemerintah baru kita telah pun bermula. Walau apa pun aliran politik kita, jangan sekali-kali kita lupa bahawa pada dasarnya, kita adalah rakyat Singapura," ujar beliau lagi.



Encik Lee berkata demikian dalam ucapannya di upacara mengangkat sumpah bagi Kabinet baru di Istana semalam, yang dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Hakim Besar Encik Sundaresh Menon.



Menurut Encik Lee, Covid-19 kekal sebagai masalah kesihatan serius dan telah menjejas teruk ekonomi.



Namun pemerintah akan terus membina keupayaan menanganinya dan berusaha gigih menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan, kata Encik Lee.



Dalam ucapan beliau, Puan Halimah berkata beliau berbesar hati dengan cara warga Singapura bekerjasama menghadapi Covid-19 dan menggesa warga Singapura bersatu memberi sokongan kepada pemerintah yang dipilih bagi menangani krisis ini.



Memandang ke hadapan, Encik Lee berkata, selain membuat persiapan dari segi ekonomi bagi mengharungi dunia pasca Covid-19, pemerintah juga ingin memenuhi impian rakyat yang lebih luas, antaranya untuk menjadi masyarakat yang lebih inklusif.



Menurut Encik Lee, Kabinet yang dibentuk mencerminkan masyarakat berbilang kaum di Singapura.



Beliau berkata tujuh daripada 20 menteri penuh bukan berbangsa Cina dan semalam, mereka mengangkat sumpah dengan disaksikan Presiden dan dalam upacara yang dihadiri Hakim Besar, kededuanya dari kaum minoriti.



"Tiada cara lain yang lebih ketara untuk menunjukkan bagaimana sistem meritokrasi kita berfungsi dan usaha yang telah dilakukan untuk memastikan layanan dan peluang yang saksama bagi setiap warga, tanpa mengenal bangsa, bahasa atau agama," kata Encik Lee.



Seramai 12 Anggota Parlimen (AP) pembangkang pula akan menganggotai parlimen kali ini - bilangan paling besar dalam beberapa penggal pemerintahan - dengan seorang dilantik sebagai Ketua Pembangkang, tambah Encik Lee.



Semasa mengumumkan kabinet baru Sabtu lalu, Encik Lee berkata beliau membentuk pasukan yang mengimbangi matlamat mengadakan peralihan kepimpinan dan memberi pendedahan kepada menteri lebih muda dengan pengalaman yang ditawarkan oleh menteri lebih mapan bagi membantu Singapura mengharungi krisis paling buruk sejak ia merdeka.



Tiga Menteri baru dilantik, termasuk Dr Maliki Osman, sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.



Beliau disertai Encik Edwin Tong, yang kini menerajui Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan menjadi Menteri Kedua Undang-undang; serta wajah baru Dr Tan See Leng yang dilantik sebagai Menteri di PMO dan menjadi Menteri Kedua Tenaga Manusia merangkap Perdagangan dan Perusahaan.



Pelantikan Dr Maliki bermakna ada dua menteri Melayu/Islam dalam Kabinet. Beliau menyertai Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang kini menerajui Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Encik Masagos, salah seorang pemimpin generasi keempat (4G), juga dilantik sebagai Menteri Kedua Kesihatan dan mengekalkan peranannya sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.




''Kita baru sahaja melalui Pilihan Raya Umum yang genting, yang berlangsung di tengah-tengah sebuah krisis segenerasi.

Saya dan pasukan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura kerana memberi kami kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang sangat berat ini.

Kami akan menggunakan mandat ini untuk bertindak secara berhemah dan penuh tanggungjawab bagi pihak anda, demi menangani cabaran-cabaran besar yang mendatang.

Saya dan pasukan saya berazam untuk membawa Singapura keluar daripada krisis ini dengan selamat. Bersama-sama kita akan menjadi lebih teguh selepas ini.''

- Perdana Menteri Lee Hsien Loong



Laporan lain: Presiden Halimah: Daya tahan warga S'pura bantu negara atasi krisis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >