Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee gesa warga muda usah takut buat silap, cipta masa depan sendiri

Jul 04, 2016 | 08:44 AM



SEBUAH pos Facebook "berjiwa muda" oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong sempena Hari Belia pada Ahad (3 Julai) mendorong banjiran petikan gambar loncat oleh warga Singapura.



Encik Lee berkongsi foto beliau dan isterinya, Cik Ho Ching, bersama Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pengangkutan), Cik Josephine Teo; dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaaan merangkap Pembangunan Negara), Dr Koh Poh Koon, merakam gambar loncatan semasa lawatan kerja ke Moscow, Russia, pada Mei.



Hari Belia di Singapura disambut pada Ahad pertama Julai setiap tahun.



Mengucapkan warga muda dan muda di hati selamat Hari Belia, Encik Lee menulis: "Jangan takut buat silap, kerana itulah keindahan muda. Anda boleh bereksperimen, mencuba perkara-perkara, dan mengetahui apa yang anda boleh jadi.



"Masa depan sering kelihatan menakutkan, tetapi pergilah dan cipta masa masa depan anda sendiri!"



Mengenai percubaannya memetik gambar mereka berlima meloncat, beliau menganggap petikan itu tidaklah terlalu teruk dan meminta rakyat Singapura berkongsi gambar petikan loncatan mereka sendiri pada pos Facebooknya.



Dr Koh, rakan Anggota Parlimen Encik Lee di GRC Ang Mo Kio, memuji beliau sebagai "PM paling cool", sambil menambah tidak selalunya seseorang itu dapat melakukan petikan loncatan bersama Perdana Menteri.



Encik Lee sebelum ini melakukan petikan loncat bersama sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) September lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >