Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hadiri jamuan malam alumni Universiti Cambridge

Oct 20, 2016 | 01:49 PM



DALAM satu pos Facebook pada pagi Khamis (20 Okt), Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyiarkan gambar beliau menghadiri majlis perjumpaan semula Universiti Cambridge.



Majlis jamuan malam itu dianjurkan di Singapura bagi alumni Kolej Triniti universiti tersebut.



Ia dihadiri alumni berpangkalan di Singapura dan menurut Encik Lee, mereka termasuk "rakyat Singapura, Malaysia, British, Greek, Finland, Nepal dan mungkin rakyat negara lain juga".



Majlis tersebut sempena lawatan ke Singapura oleh pengetua kolej itu, Sir Greg Winter.



Encik Lee lulus daripada Kolej Triniti pada 1974 sebagai 'senior wrangler' - anugerah yang diberi kepada lulusan sarjana muda matematik terbaik.



Beliau berkongsi bahawa alumni itu "berbual-bual tentang dunia, serta keadaan dahulu (dan sekarang) di Cambridge".



Encik Lee juga memetik lirik sebuah lagu xinyao (Singapura), Friendship Forever (Persahabatan Abadi), sedang beliau mengenang kembali impian mereka ketika muda, dan betapa mereka "berterima kasih kepada kolej" itu kerana memberi mereka "asuhan dan rangsangan" untuk mengejar impian mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >