Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hadiri Sidang Puncak Asean ke-42 di Indonesia

May 10, 2023 | 05:30 AM



DARI LABUAN BAJO, NUSA TENGGARA TIMUR, INDONESIA: PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menghadiri Sidang Puncak Asean ke-42 yang berlangsung 10 hingga 11 Mei di Labuan Bajo, di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.



Sidang puncak itu yang pertama antara dua sidang puncak dianjurkan Indonesia sebagai pengerusi Asean bagi 2023.



Dalam kenyataannya pada 9 Mei, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata antara lain, perbincangan dijangka merangkumi perkembangan antarabangsa dan serantau, termasuk keadaan di Myanmar.



MFA berkata pemimpin Asean juga akan membincangkan keadaan geopolitik, berpandu hasrat memelihara peranan Asean dalam memupuk rantau yang stabil dan inklusif.



Pada Isnin, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, memberitahu media yang berhimpun di Labuan Bajo tentang serangan pada 7 Mei ke atas konvoi kemanusiaan di Negeri Shan, di wilayah timur Myanmar dan mengutuk keras insiden itu.



Konvoi itu turut disertai dua kakitangan Kedutaan Singapura di Myanmar.



Dalam kenyataan berasingan pada lewat Isnin, MFA berkata kededua kakitangan itu kini berada dalam keadaan selamat.



Myanmar dibelenggu kemelut politik dan keganasan sejak pihak tentera atau junta merampas kuasa daripada pemerintahan Cik Aung San Suu Kyi pada Februari 2021.



Buat masa ini, Persetujuan Lima Perkara, yang antaranya bertujuan melindungi rakyat Myanmar - yang dilakar Asean bagi Myanmar pada 24 April 2021 - masih belum dilaksanakan oleh Myanmar.



Sidang Puncak Asean dijangka bincang isu geopolitik, kerjasama ekonomi



Menurut MFA, selain perbincangan geopolitik, pemimpin Asean juga akan menyemak kemajuan Asean setakat ini dan membincangkan cara-cara terus memperkukuh kerjasama dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau.



Indonesia, sebagai pengerusi Asean 2023, telah menetapkan tema "Asean Matters: Epicentrum of Growth", yang secara kasar menggariskan agenda penting dan yang berpandang ke hadapan, terutama dalam bidang seperti persepaduan ekonomi dan usaha membangun masyarakat bagi memastikan perpaduan dan perkembangan Asean, kata MFA dalam kenyataannya.



Encik Lee ke Labuan Bajo ditemani isterinya, Cik Lee, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan. Mereka diiringi pegawai Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan MFA.



Labuan Bajo ialah pekan nelayan kecil di kepulauan Flores dan tempat singgahan utama bagi pengunjung yang ingin pergi ke Taman Nasional Komodo.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan mendukung peranan sebagai Pemangku Perdana Menteri bagi tempoh 9-10 Mei.



Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional, Encik Teo Chee Hean, pula akan mendukung peranan Pemangku Perdana Menteri pada 11 Mei.



Sidang Puncak Asean Ke-42 selama dua hari ini diadakan di Pusat Konvensyen Meruorah, di Hotel Meruorah Komodo, Labuan Bajo.



Hari pertama pada 10 Mei diperuntuk bagi siri mesyuarat rasmi, diikuti dengan sesi rahat pada hari kedua, iaitu 11 Mei.



Sidang tersebut dijangka dihadiri sekitar 1,000 peserta, termasuk pemimpin negara, menteri dan pegawai kanan dari negara-negara Asean.



Hanya lapan pemimpin negara Asean dijangka hadir.



Myanmar, yang tidak dibenar menyertai pertemuan utama Asean sejak 2022 kerana gagal melaksana rancangan perdamaian, dijangka tidak hadir. Namun, wakil bukan politik dari negara itu telah diundang menghadiri sidang puncak itu.



Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, juga tidak akan hadir kerana sidang puncak tersebut berlangsung beberapa hari sebelum pilihan raya umum di negara itu pada 14 Mei.



Namun, Perdana Menteri Timor-Leste, Encik Taur Matan Ruak, hadir sebagai pemerhati, walaupun negaranya belum menjadi anggota Asean secara rasmi.



Encik Joko Widodo (Jokowi), pada Isnin, telah menamakan tiga perkara yang akan diketengahkan Indonesia di sidang puncak ini.



Selain isu pengganasan di Indonesia, ia juga akan mengetengahkan isu perdagangan manusia menerusi penipuan dalam talian dan usaha menyelamat warga Indonesia dari kawasan konflik di Sudan.



Laporan lanjut: 2 kakitangan Kedutaan S'pura di Myanmar yang diserang selamat: MFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >