Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hadiri Sidang Puncak Khas Asean-Amerika di Washington

May 09, 2022 | 06:04 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan kerja ke Washington DC, Amerika Syarikat, mulai esok  (10 Mei) hingga Sabtu (14 Mei), untuk menghadiri Sidang Puncak Khas Asean-Amerika.


Semasa di sana, beliau dan pemimpin Asean lain dijadual bertemu dan mengadakan perbincangan dengan presiden Amerika, Encik Joe Biden.


Mereka akan dijamu di majlis makan malam pada Khamis (12 Mei), dengan Encik Biden selaku tuan rumah, selain mengadakan satu pertemuan sempena sidang puncak khas itu bersama Encik Biden pada petang Jumaat (13 Mei, waktu tempatan).


Dalam sidang puncak itu, kedua-dua Asean dan Amerika antaranya akan mengkaji semula Kerjasama Strategik Asean-Amerika sedia ada, selain membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua pihak dalam pelbagai bidang bagi masa hadapan.


Pemimpin Asean dan Presiden Biden juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (9 Mei).


Pertemuan itu adalah sidang puncak khas kedua antara presiden Amerika dengan pemimpin Asean sejak 2016, dan merupakan langkah lanjutan daripada Sidang Puncak Asean-Amerika ke-9 yang diadakan secara maya pada Oktober tahun lalu dan dihadiri Presiden Biden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >