Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Hanya mandat kukuh dapat pastikan keberkesanan parti pemerintah

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



  • Warga tidak boleh buat andaian PAP akan terus memerintah tidak kira siapa yang mereka undi

  • Pembangkang perlu bertanggungjawab atas perkara mereka saran; tolak dan ambil pendirian dalam isu sukar

RAKYAT tidak boleh memiliki kededuanya - iaitu bagi Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk terus memerintah negara dan pada masa yang sama mempunyai lebih ramai Anggota Parlimen (AP) pembangkang.



Berkata demikian, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menekankan setelah sekian lama berkuasa, ramai warga Singapura mahu parti PAP terus memerintah negara ini kerana parti itu telah melakukannya dengan baik dan tiada lain-lain parti yang dapat mentadbir negara dengan lebih baik dari PAP.



Justeru, beliau menambah, mereka mengundi pembangkang, dengan jangkaan penuh bahawa PAP akan tetap kembali berkuasa dan boleh berfungsi dengan berkesan tidak kira sama ada parti pemerintah menerima sokongan yang kukuh atau sebaliknya dalam pilihan raya.



Encik Lee, yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), berkata andaian tersebut adalah sesuatu yang silap.



Semasa berucap di Persidangan PAP semalam yang diadakan sekali setiap dua tahun, beliau berkata:



"Malangnya, kededuanya tidak boleh diperolehi seiringan. Sama ada pemerintah mendapat mandat yang kukuh atau lemah dari pengundi adalah sesuatu yang akan mencetuskan perbezaan.



"Dengan mandat yang kukuh, apabila pemerintah perlu bertindak dan membuat keputusan secara utuh - sama ada berkaitan isu dalam negara atau luar negara - semua akan tahu bahawa pemerintah melakukannya dengan sokongan rakyat. Dan orang ramai akan tahu bahawa Singapura bersatu padu, mengatasi masalah sebagai satu rakyat, dan maju ke hadapan bersama."



Sementara itu, di sidang yang dihadiri lebih 3,000 anggota PAP itu, Encik Lee juga menerangkan mandat yang kukuh akan memberi pemerintah keyakinan dan sokongan untuk membuat keputusan sukar dan mengemudi Singapura dengan selamat bagi mengharungi cabaran.



Beliau merujuk kepada bagaimana pemerintah memperkenalkan langkah-langkah ketat seperti pemutus rantaian jangkitan dan mewajibkan pemakaian pelitup muka, selain kawalan sempadan dan rejim vaksinasi yang ketat kerana ia yakin mempunyai kepercayaan penuh rakyat.



Menurutnya, sekiranya PAP memenangi pilihan raya 2020 dengan kemenangan kecil, ia akan tetap membentuk pemerintah dan mentadbir negara sebaik mungkin.



Namun, ia akan kehilangan ramai anggota parlimen dan menteri yang berkebolehan, dan pasukan kepimpinannya akan menjadi lemah.



PAP memenangi pilihan raya 2020 dengan lebih 61 peratus undi.



"Singapura akan memerangi Covid-19 secara tidak bersatu dan semangat yang lemah. Ia lebih sukar untuk pemerintah membuat keputusan sukar, atau bagi warga Singapura memberi respons secara bersatu padu," ujarnya, sambil menambah kedudukan Singapura secara global juga akan terjejas sekiranya responsnya pada pandemik dilihat sebagai lemah.



Encik Lee akur sedang ia merupakan tanggungjawab pembangkang meneliti dasar pemerintah dan mendedah kesilapan yang dilakukan, pemerintah PAP juga mempunyai tugas untuk menarik perhatian akan kegagalan pembangkang bertindak untuk kepentingan warga.



Beliau menekankan, pembangkang yang bertanggungjawab adalah mereka yang bersedia memikul tanggungjawab bagi perkara yang ia sokong dan tolak.



"Mudah bagi pembangkang untuk hanya menyokong perkara-perkara baik yang dilakukan pemerintah, tetapi menolak langkah lebih sukar yang kadangkala tidak boleh dielakkan," ujarnya.



Dalam ucapannya pula, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri, menekankan peringatan serupa.



Menurut Encik Wong, ramai yang kini menjangka PAP akan terus memerintah, tidak kira siapa yang mereka undi pada pilihan raya.



"Hakikatnya, tiada jaminan sedemikian... setiap pilihan raya mulai sekarang ialah mengenai parti mana yang akan membentuk pemerintah," tegasnya.



Dalam pada itu, semasa sidang yang diadakan di Pusat Konvensyen Resorts World Sentosa, PAP turut memilih barisan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti tersebut.



Dua belas anggota dipilih secara langsung oleh kader parti. Selain Encik Lee dan Encik Wong, anggota lain termasuk Encik Heng Swee Keat, Encik Chan Chun Sing, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Encik K. Shanmugam, Cik Grace Fu, Encik Desmond Lee, Cik Indranee Rajah, Encik Ong Ye Kung, Encik Tan Chuan-Jin dan Dr Vivian Balakrishnan.



Selain 12 pemimpin itu, dua lagi anggota disertakan secara pelantikan ke CEC itu - mereka ialah Encik Edwin Tong dan Cik Josephine Teo.



  • Laporan tambahan NUR DHUHA ESOOF

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >