MEMAJUKAN negara dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah bersama rakyat, untuk rakyat, dan demi Singapura.
Demikian laungan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang menerajui pasukan PAP di GRC Ang Mo Kio, Encik Lee Hsien Loong, kepada penyokong semasa memberi ucapan di Raffles Institution (RI), salah sebuah pusat penamaan calon, semalam.