Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Harap ekon S'pura lebih kukuh tahun ini

Pemerintah pantau kedaan pembuangan pekerja yang disifatkan "tidak terlalu teruk"
Jan 28, 2017 | 11:28 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berharap ekonomi negara akan terus baik tahun ini, setelah ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menunjukkan ekonomi berkembang 1.8 peratus dalam suku terakhir tahun lalu - disebabkan loncatan semula dalam industri perkilangan.



Prestasi mantap pada suku terakhir tahun lalu itu meningkatkan pertumbuhan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) kepada 1.8 peratus - lebih tinggi berbanding ramalan awal pemerintah sebanyak 1 hingga 1.5 peratus.



"Secara keseluruhannya, pertumbuhan kami tahun lalu lebih kurang berbanding apa yang kami harapkan, namun ia lebih berbanding apa yang kita jangkakan, iaitu 1.8 peratus...



"Terdapat pertumbuhan pada hujung tahun, terutamanya dalam perkilangan. Kami berharap ia akan berterusan tahun ini," kata Encik Lee yang ditemui media semasa lawatannya ke Stesen Kuasa Senoko pada Tahun Baru Cina pagi tadi.



Beliau menambah pembuangan pekerja berlaku disebabkan penstrukturan semula dalam ekonomi, namun keadaan "tidak terlalu teruk" dengan orang ramai dapat mencari pekerjaan dan pekerjaan baru dicipta secara keseluruhannya.



"Kami memantau bukan hanya jumlah pekerja yang dibuang kerja, malah jumlah orang yang diambil bekerja semula, sama ada mereka boleh mencari pekerjaan, dan sama ada jumlah pekerjaan keseluruhan meningkat.



"Saya rasa ia tidak terlalu teruk. Orang ramai mencari pekerjaan dan secara keseluruhan, kami mempunyai pekerjaan baru yang dicipta.



"Ia tidak sebanyak seperti dulu tetapi mencukupi agar rakyat Singapura dapat bekerja dan mereka yang selesai pengajian di politeknik, ITE (Institut Pendidikan Teknikal) atau universiti boleh mencari pekerjaan dengan pantas," kata beliau.



Encik Lee bersama isteri, Cik Ho Ching, dan ketua kesatuan utama menemui sekitar 30 pekerja di stesen janakuasa Senoko, yang terbesar di negara ini dan dimiliki Senoko Energy Pte Ltd yang  terletak di Sembawang, awal pagi tadi.



Semasa lawatannya itu, beliau mengagihkan hong bao dan limau serta hadiah yang disediakan Cik Ho Ching.



Turut menemaninya semasa lawatan itu ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew; Setiausaha Agung NTUC, Encik Chan Chun Sing; dan anggota Jawatankuasa Pusat NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >