Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee harap perbincangan hangat mengenai kenaikan harga air mengingatkan rakyat betapa berharganya air

Mar 02, 2017 | 02:48 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berharap perdebatan mengenai kenaikan harga air boleh mengingatkan rakyat Singapura tentang air.



Dalam pos Facebook pada Khamis (2 Mac), beliau akui bahawa isu itu telah "mencetuskan reaksi keras rakyat Singapura".



Harga air akan dinaikkan sebanyak 30 peratus dalam tempoh dua tahun. Namun isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana akan mendapat rebat bagi menangani kenaikan kos sara hidup.



Kali akhir harga air dinaikkan ialah pada 2000.



Kos lebih tinggi menghasilkan air menggunakan teknologi penyahgaraman, dan menghasilkan Newater, adalah antara sebab kenaikan itu.



Singapura juga bergantung pada air yang diimport dari Johor.



Encik Lee berkata Singapura adalah antara negara yang menghadapi kekurangan air di dunia.



"Bagi kita, air akan sentiasa menjadi sumber strategik, dan soal keselamatan negara," katanya.



Beliau menambah bahawa Singapura perlu meletakkan harga air dengan betul supaya orang tahu betap berharganya sumber itu.



Beliau juga mengulangi bahawa kebanyakan isi rumah akan melihat kenaikan $2 hingga $11 setiap bulan, sementara isi rumah dua bilik tidak akan terjejas oleh kenaikan itu.



Bagi tiga perempat perniagaan, bil air akan naik kurang daripada $1 sehari atau $25 sebulan, katanya.



Beliau menyimpulkan: "Saya harap perbahasan awam ini mengingatkan kita betapa penting dan berharganya air, dan bagaimana kita semua boleh membantu menjimatkan air, supaya kita sentiasa mempunyai cukup air di Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >