OTHMAN WOK 1924-2017
PM Lee hargai keberanian Othman Wok perjuang dasar berbilang kaum
Apr 18, 2017 | 05:30 AM
ENCIK Othman Wok, antara bapa pengasas Singapura, berani memperjuang Singapura yang berbilang kaum dan agama serta meritokratik meskipun beliau menghadapi tentangan hebat pada awalnya, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
"Semasa tahun-tahun sukar Singapura dalam Malaysia, Encik Othman menghadapi tekanan yang hebat.