Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee hargai sumbangan jururawat sempena Hari Jururawat Antarabangsa

May 12, 2021 | 07:06 PM

Jururawat telah berkorban besar untuk menjalankan tugas dan memastikan sistem penjagaan kesihatan tetap berjalan lancar sepanjang pandemik ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Sempena Hari Jururawat Antarabangsa hari ini (12 Mei) Encik Lee menggesa warga Singapura memberi penghargaan kepada jururawat yang tidak mementingkan diri sendiri.

Ayuh kita memberi penghargaan ke atas usaha mereka yang tidak mementingkan diri sendiri.
"Pengorbanan mereka besar, menghabiskan masa berjauhan dari keluarga dan melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh," tulis Encik Lee.

Beliau menambah bahawa dalam tempoh genting ini yang perlu bagi mengurangkan kes dalam masyarakat, penting bagi semua warga Singapura memainkan peranan memastikan keselamatan semua.

"Patuhi perintah dan sokong jururawat kita dalam penentangan ini," seru Encik Lee, menulis di Facebook.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3