Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hargai sumbangan pekerja termasuk pekerja asing, kegigihan pekerja barisan depan bendung Covid-19

Apr 30, 2020 | 07:35 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merakamkan penghargaan kepada semua pekerja, termasuk pekerja asing dan mereka bertugas di barisan hadapan dan dalam perkhidmatan penting demi memastikan Singapura terus berfungsi.



Menyatakan demikian dalam amanat Hari Buruh yang disiarkan secara langsung sebentar tadi, Encik Lee berkata:



"Hari Buruh adalah satu hari yang disambut oleh semua pekerja, termasuk pekerja asing. Saya juga menyampaikan ucapan terima kasih dan selamat sejahtera kepada semua pekerja asing di Singapura, atas apa yang telah anda bina dan sumbang di sini," katanya.



Dalam ucapan itu, Encik Lee mengakui bahawa tempoh pemutus rantaian jangkitan adalah sesuatu yang sukar untuk semua orang. 



"Sekatan ini telah menjejas perniagaan dan pekerjaan, dan menimbulkan pelbagai kepayahan. Tetapi anda menunjukkan daya tahan, dan anda telah menghadapinya dengan baik," ujarnya.



Beliau kemudian melahirkan penghargaan kepada warga pekerja yang bekerja di perkhidmatan penting bagi memastikan Singapura terus berfungsi.



"Para karyawan penjagaan kesihatan kita, Home Team, SAF dan pegawai Kementerian Tenaga Manusia. Para pekerja pengangkutan awam kita, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, karyawan khidmat masyarakat, petugas khidmat kiriman dan pemandu teksi. 



"Guru-guru kita, yang telah bekerja keras melaksanakan pembelajaran dari rumah, dan guru prasekolah juga. Anda semua telah berkorban melampaui panggilan tugas. Keluarga anda tetap disamping anda, menyokong anda. Kepada anda semua, saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih."  



Singapura telah melaksanakan langkah pemutus rantaian jangkitan selama hampir sebulan, yang akan berakhir pada 1 Jun ini. 



Usaha gigih semua pihak dalam membendung penularan mula menampakkan hasil, dengan jumlah kes baru dalam masyarakat tempatan telah merosot kepada sekitar 10 hingga 15 kes sehari. 



"Kita telah mencatat kemajuan yang baik, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan," kata Encik Lee. 



Menyentuh tentang penularan koronavirus di kalangan pekerja asing yang menginap di asrama pekerja, Encik Lee berkata, kebanyakan kes berbentuk ringan, "mungkin disebabkan pekerja ini muda".



Namun begitu ujarnya, pemerintah sedang melakaukan segala yang terdaya demi kesihatan dan kebajikan mereka.



"Kami telah mengerahkan pasukan perubatan dari hospital-hospital untuk memberi sokongan di dormitori," kata perdana menteri.



Dormitori S11 di Punggol merupakan kelompok terbesar jangkitan Covid-19. Ia disokong oleh Hospital Besar Sengkang, hospital terbaharu di sini.



"Malah, beberapa penghuni di S11 sebenarnya telah membantu membina Hospital Sengkang. Seorang pekerja yang dimasukkan ke hospital memberitahu doktornya yang beliau telah memasang jubin di wad di mana beliau inap. 



"Pasukan perubatan Hospital Sengkang sebak. Mereka gembira dapat berkhidmat secara langsung kepada para pekerja," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >