Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hargai sumbangan pemimpin masyarakat, asatizah

Apr 16, 2021 | 09:51 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah melahirkan penghargaannya kepada pemimpin masyarakat di atas sokongan mereka berhubung beberapa isu seperti pengurusan Covid-19, ancaman pengganasan dan pemakaian tudung oleh jururawat.


Dalam ucapannya semasa majlis berbuka puasa secara maya pada Jumaat (16 April), Encik Lee mengucapkan terima kasih kepada pemimpin agama, termasuk asatizah dan pemimpin agama lain, yang memimpin masyarakat mereka ke arah cara mengamalkan agama mereka dengan lebih selamat dalam pandemik ini.



Ini telah membantu memastikan keselamatan dan kesihatan jemaah, dan membolehkan Singapura menstabilkan keadaan kesihatan awamnya, kata Encik Lee.


"Sekarang, kita dapat meneruskan perhimpunan dan acara keagamaan, walaupun belum sepenuhnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Muis, pemimpin masyarakat dan agama yang berkumpul di sini hari ini, serta kakitangan dan sukarelawan di masjid, di atas usaha gigih anda dalam membantu Singapura memerangi wabak ini," katanya.


Encik Lee turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin masyarakat dan agama kerana mengekalkan perpaduan di Singapura apabila negara ini menghadapi ancaman kepada keharmonian sosial dan agamanya.


Beliau merujuk kepada dua kejadian belia yang radikal sendiri - seorang merancang menyerang masjid, dan seorang lagi mahu menyerang warga Singapura beragama Yahudi.


"Pemimpin agama dan masyarakat bertindak cepat, dan menjangkau kepada satu sama lain merentas agama untuk menegaskan keamanan dan persahabatan, dan memperbaharui ikatan kepercayaan mereka. Usaha ini penting untuk memelihara keharmonian antara agama dan juga mengukuhkan daya tahan sebagai satu masyarakat," kata Encik Lee.



Beliau meluahkan penghargaan juga kepada pemimpin Islam yang membantu menerangkan kepada masyarakat tentang pendekatan pemerintah berhubung isu sensitif yang penting buat masyarakat Muslim.


Ini termasuk berkenaan pemakaian tudung oleh jururawat.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin kerana telah bersama-sama melalui perjalanan yang kompleks ini dengan pemerintah, dan membantu kami menangani isu yang penting untuk masyarakat Islam serta mengekalkan ruang bersama kami dan berusaha ke arah pendekatan yang akan mengukuhkan keharmonian kaum dan agama," katanya.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang turut hadir di majlis itu, meluahkan penghargaan kepada Encik Lee dan rakan-rakan dari agama lain kerana meluangkan masa untuk menyambut Ramadan bersama-sama masyarakat Islam.



"Saya harap lebih ramai yang akan turut sama meraikan bulan istimewa ini, sama ada dengan berbuka puasa bersama-sama (sambil mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat ya!) ataupun bergotong-royong menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan," katanya dalam satu kiriman di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >