Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hargai sumbangan pemimpin masyarakat, asatizah

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong semalam telah melahirkan penghargaannya kepada pemimpin masyarakat dan asatizah atas peranan yang dimainkan mereka dalam pandemik ini, termasuk membantu masyarakat Melayu/Islam menyesuaikan amalan keagamaan mereka berdasarkan keadaan.



Asatizah juga telah membantu menyatupadukan masyarakat dalam menghadapi ancaman terhadap keharmonian sosial dan agama di sini, selain membantu menjelaskan kepada masyarakat tentang pendekatan yang diambil pemerintah terhadap isu-isu sensitif seperti membenarkan jururawat memakai tudung semasa bertugas, kata Encik Lee.



Berkata demikian semasa majlis berbuka puasa maya semalam, Encik Lee berkata pandemik ini telah memaksa masyarakat untuk mengubah cara mereka hidup, beriadah, dan mengamalkan agama, dan pemimpin agama memainkan peranan penting dalam tempoh penyesuaian ini.



"Pemimpin agama, termasuk ramai asatizah yang hadir malam ini, telah membimbing masyarakat terhadap cara mengamalkan agama dengan selamat.



"Mereka juga membantu memastikan pengikut mereka selamat dan sihat, dan membolehkan kita menstabilkan keadaan kesihatan awam," katanya.



Acara berbuka puasa tersebut disertai sekitar 110 tetamu, termasuk pemimpin agama, masyarakat, masjid serta duta khidmat Ramadan.



Turut hadir termasuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, Presiden Muis Haji Mohd Alami Musa dan Ketua Eksekutif Muis Esa Masood.



Menyentuh tentang peranan pemimpin agama dalam menyatupadukan masyarakat apabila berdepan dengan ancaman, Encik Lee berkata mereka bergerak pantas untuk memperbaharui keyakinan dan hubungan baik antara agama, selepas pemerintah mengenal pasti dua rancangan berasingan untuk menyerang masjid-masjid dan saumaah Yahudi di sini.



"Usaha ini penting untuk memelihara keharmonian antara agama dan juga mengukuhkan daya tahan sebagai satu masyarakat," ujarnya.



Selain itu, Encik Lee turut menghargai usaha asatizah menerangkan kepada masyarakat pendekatan pemerintah terhadap isu-isu sensitif yang dekat di hati masyarakat Islam Singapura, termasuk berkenaan pemakaian tudung oleh jururawat semasa bertugas, baru-baru ini.



Merujuk kepada dialog yang diadakan bersama pemimpin masyarakat mengenai perkara ini Sabtu lalu, Encik Lee berkata:



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin kerana telah bersama-sama melalui perjalanan yang kompleks ini dengan pemerintah, dan membantu kami menangani isu yang penting untuk masyarakat Islam serta mengekalkan ruang bersama kami dan berusaha ke arah pendekatan yang akan mengukuhkan keharmonian kaum dan agama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >