Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hargai usaha pekerja platform

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menemui pekerja platform, termasuk pekerja penghantaran dan pemandu teksi, di Jurong Point semalam, sehari sebelum Tahun Baru Cina untuk menghargai kerja keras mereka.



Beliau, yang diiringi isterinya, turut mengunjungi pekerja di pusat beli-belah itu untuk mengucapkan terima kasih kerana terus menyediakan perkhidmatan penting semasa perayaan Tahun Baru Lunar ini.



Apabila ditemui media semalam, Encik Lee berkata pekerja itu bekerja keras, khususnya dalam pandemik Covid-19, untuk menyokong keluarga mereka.



"Saya juga telah berpeluang menemui beberapa pemandu teksi. Mereka terjejas kerana ramai orang kerja dari rumah.



"Dan lebih penting, oleh kerana kita tidak mempunyai ramai pelancong sekarang, ia menjejas pendapatan mereka secara ketara.



"Dengan skim pemerintah dan usaha mereka untuk menyesuaikan diri, saya fikir mereka sedang bertahan. Dan kami semua mengharapkan tahun yang lebih baik, pada Tahun Harimau ini," ujar Encik Lee.



Beliau juga ditemani Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew, dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dalam lawatan itu.



Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay; serta Anggota Parlimen gerakan pekerja, Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Encik Fahmi Aliman (GRC Marine Parade).



Lawatan tersebut sebahagian daripada tradisi pemimpin NTUC dan gerakan pekerja setiap tahun untuk mengunjungi pekerja yang terus memberi khidmat penting semasa musim perayaan tersebut.



Setiap tahun, lawatan itu biasanya diadakan pada hari pertama Tahun Baru Cina, tetapi tahun ini lawatan itu diadakan pada hari sebelumnya untuk mendekati lebih ramai pekerja platform sedang banyak kedai dijangka ditutup hari ini.



Pekerja platform merangkumi pekerja penghantaran dan pemandu kereta sewa privet yang menggunakan platform dalam talian seperti Grab, Foodpanda dan Deliveroo.



Encik Lee mengumumkan semasa Rapat Hari Kebangsaan tahun lalu bahawa pemerintah sedang meningkatkan perlindungan untuk pekerja platform.



Satu Jawatankuasa Penasihat berkaitan Pekerja Platform sedang melihat cara untuk memperkukuh sokongan bagi memenuhi keperluan persaraan dan perumahan golongan pekerja tersebut.



Turut ditemui media semalam, Encik Ng berkata ekonomi yang semakin pulih akan membuka lebih banyak peluang bagi pekerja.



"Pada masa depan, kami berharap untuk membantu pemandu dan penunggang (penghantaran) untuk meraih peluang yang lebih baik dalam ekonomi, khususnya dalam bidang yang kami boleh tingkatkan lagi termasuk insurans bagi kecederaan di tempat kerja yang boleh memberi mereka lebih jaminan," kata Encik Ng.



Pekerja penghantaran, Encik Raymond Tan, berharap untuk melihat lebih banyak perlindungan, khususnya pampasan bagi kecederaan bagi pekerja sepertinya.



"Kami perlu dilindungi pemerintah kerana kami bekerja di jalan raya setiap hari. Pada akhirnya, kami pun perlu pulang ke rumah kepada orang tersayang," ujar Encik Tan, 38 tahun, yang sudah bekerja sebagai pekerja penghantaran sejak sembilan tahun lalu.



Pemandu teksi, Encik Steven Chua, berharap perniagaan akan meningkat tahun ini pada musim Tahun Baru Cina.



"Saya percaya perniagaan akan lebih baik tahun ini kerana tahun lalu orang masih takut nak keluar menziarah tetapi tahun ini lebih ramai yang akan keluar," ujarnya, yang menjangkakan akan memandu pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina tahun ini.




"Saya juga telah berpeluang menemui beberapa pemandu teksi. Mereka terjejas kerana ramai orang kerja dari rumah. Dan lebih penting, oleh kerana kita tidak mempunyai ramai pelancong sekarang, ia menjejas pendapatan mereka secara ketara. Dengan skim pemerintah dan usaha mereka untuk menyesuaikan diri, saya fikir mereka sedang bertahan. Dan kami semua mengharapkan tahun yang lebih baik, pada Tahun Harimau ini."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >