Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee hargai usaha SAF bantu stabilkan Program Pemulihan di Rumah

Nov 27, 2021 | 05:30 AM

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah membantu menstabilkan Program Pemulihan di Rumah (HRP) bagi pesakit Covid-19 hingga membolehkan tugas itu diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (MOH).

Beliau berkata demikian dalam satu catatan Facebook petang semalam selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai daripada pelbagai agensi pemerintah termasuk Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Kor Relawan SAF yang telah melibatkan diri dalam program itu.

Encik Lee turut mengucapkan terima kasih kepada lebih 450 pegawai daripada SAF, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang ditugaskan menguruskan program berkenaan sejak ia diperkenal pada 29 September lalu.

"Usaha anda telah memastikan semua orang (pesakit) menerima sokongan dan penjagaan yang mereka perlukan untuk pulih dan telah melindungi sistem kesihatan kami daripada tergugat," katanya.

Rabu lalu, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen berkata, SAF akan menyerahkan pengurusan program pemulihan di rumah Covid-19 kepada MOH.

Namun beliau tidak memberi perincian bila ia akan dilaksanakan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3