Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

PM Lee Hsien Loong sampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada 22 Ogos

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee Hsien Loong sampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada 22 Ogos

Jul 02, 2021 | 06:00 PM

 

 

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong  akan menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada 22 Ogos di Mediacorp, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya pada Jumaat (2 Julai)

Butiran lanjut, seperti sama ada penonton akan dibenarkan hadir, akan diberikan di masa depan.

Mengikut kebiasaan, NDR digunakan untuk melakar hala tuju masa depan negara, dan juga untuk mengumumkan perubahan dasar.

NDR tidak diadakan tahun lalu akibat penularan Covid-19. Itu adalah kali pertama NDR - yang dianggap ucapan politik paling penting sepanjang tahun  - tidak diberikan sejak 1966.

Sebaliknya, Encik Lee telah menyampaikan ucapan utama kepada warga Singapura di Parlimen pada September, selang seminggu ia dibuka semula menyusuli Pilihan Raya Umum (GE) 2020, di mana Parti Tindakan Rakyat memenangi 61.2 peratus undi.

Ucapannya  menyentuh beberapa topik semasa pada ketika itu, seperti pandemik, dasar tenaga manusia asing dan landskap politik yang sedang berubah. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3