Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Hubungan industri stabil kerana kerjasama pemerintah, kesatuan dan majikan kukuh

Kestabilan jadi daya tarikan pelabur asing menapak di S'pura, wujud peluang pekerjaan untuk rakyat
Jul 12, 2019 | 05:30 AM



GERAKAN buruh di Singapura, dengan pendekatan mahu bekerjasama, telah memupuk hubungan industri stabil di negara ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.



Ini sekaligus telah menarik pelaburan asing dan mewujudkan pekerjaan bagi warga Singapura.



"Dalam ketidaktentuan ekonomi sekarang, semangat tiga pihak kita mesti kekal kukuh.



"Kesatuan, majikan dan pemerintah harus bergabung tenaga untuk memastikan Singapura kekal mendahului persaingannya, dan terus meningkatkan kehidupan pekerja," ujar Encik Lee.



Beliau berkata demikian dalam satu pos Facebook semalam mengenai lawatannya ke pameran ReUnion kelmarin.



Pameran itu anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di Muzium Negara.



Acara itu diadakan untuk memperingati 50 tahun sejak Seminar Modernisasi NTUC - satu detik penting bagi gerakan buruh di Singapura yang beralih daripada pendekatan konfrontasi kepada pendekatan kerjasama - menandakan permulaan bagi kerjasama tiga pihak di negara ini.



Seperti mana kesatuan mencipta semula diri mereka dahulu, mereka harus kekal berbuat demikian untuk kekal releval, kata Encik Lee.



Beliau dan isteri Cik Ho Ching menyertai sekitar 80 pemimpin kesatuan dahulu dan sekarang dalam lawatan itu.



Turut hadir di acara tersebut ialah Presiden NTUC, Cik Mary Liew; Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng; serta mantan Anggota Parlimen gerakan buruh seperti Encik Sidek Saniff, Profesor Koo Tsai Kee, Encik Matthias Yao Chih dan Encik Zulkifli Mohammed.



Antara lain, tetamu telah berpeluang melihat artifak daripada Seminar Kesatuan Sekerja NTUC mengenai 'Modernisasi Gerakan Buruh', menggunakan realiti tambahan untuk 'memakai' jam yang dihadiahkan kepada Encik Lee Kuan Yew pada 1953 oleh Kesatuan Pekerja Pos dan Telekomunikasi Singapura, serta membuat 'GIF' mereka sendiri di reruai bertemakan masa depan.



Pameran ReUnion dianjurkan NTUC untuk memperingati ulang tahun ke-50 Seminar Pemodenan Gerakan Buruh, yang telah diadakan di Dewan Persidangan Singapura dari 16 hingga 19 November 1969.



Seminar itu telah mengumpulkan pemimpin kesatuan untuk merenung peranan Gerakan Buruh dan mencari cara positif untuk menjadi institusi sosial yang penting, memberi tumpuan kepada usaha membantu pekerja dengan pelbagai perkhidmatan, 'bukan hanya sebagai sebuah institusi tawar-menawar', kata NTUC dalam kenyataannya semalam.



Pameran ReUnion, yang dibuka rasmi oleh Presiden Halimah Yacob 4 Julai lalu di Muzium Negara Singapura, akan berlangsung hingga 10 November ini.



Bertemakan "Meraikan masa lalu kita, mengilhami masa depan kita", ReUnion memberi peluang kepada pengunjung untuk menyorot perjalanan pemodenan selama 50 tahun gerakan buruh melalui kisah, kenangan dan pengalaman.



Terdapat juga reruai bertema masa depan digelar FutureBooth yang bertujuan mencetus inspirasi kepada pengunjung untuk merenung perkara yang paling penting untuk masa depan mereka.



Melalui pameran itu, NTUC ingin memupuk pemahaman lebih baik mengenai peranan gerakan buruh dalam pembangunan negara dan usaha berterusannya untuk meningkatkan gaji, kebajikan serta prospek pekerjaan bagi pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >