Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hubungi PM Johnson, hargai kepimpinan UK dalam isu perubahan iklim

Oct 26, 2021 | 09:27 PM



SINGAPURA menyokong Kepresidenan Persidangan Perubahan Iklim Ke-26 (COP26) yang diterajui United Kingdom (UK) dan kepimpinan negara itu dalam isu perubahan iklim.



Ini disampaikan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kepada Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, dalam satu panggilan telefon pada petang Selasa (26 Oktober) di tengah-tengah berlangsungnya mesyuarat Sidang Puncak Asean.



Dalam catatan Facebook pada Selasa malam, Encik Lee menyambut baik kehadiran UK sebagai rakan dialog terbaru Asean.



"Kami juga berbincang tentang perkembangan antarabangsa dan mengutuhkan lagi hubungan rapat dua hala kami yang sekian lama terjalin serta berbual tentang kerjasama serantau," jelas Encik Lee.



Menurutnya lagi, baru minggu lalu, UK terlibat dalam kegiatan bagi meraikan ulang tahun ke-50 Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).



Baru-baru ini, Singapura membuka Laluan Perjalanan Bagi Orang Yang Divaksin (VTL) bagi kembara bebas kuarantin dari UK.



Awal tahun ini pula, Perjanjian Perdagangan Bebas UK-Singapura dilaksanakan.



Singapura juga mengalu-alukan keinginan UK dalam mempersetujui Perjanjian Progresif dan Menyeluruh bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), kata Encik Lee.



"Saya menanti masa bertemu dengan PM Johnson secara peribadi di mesyuarat Pemimpin Kumpulan 20 (G20) di Rome pada hujung minggu ini," tambah Encik Lee.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >