Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, Ismail Sabri alu-alu pelan buka semula perjalanan darat SG-M'sia

Kedua-dua pihak setuju ini adalah masa yang baik untuk sambung semula perjalanan rentas sempadan secara progresif
Nov 09, 2021 | 05:30 AM



PENYAMBUNGAN perjalanan darat antara Singapura dan Malaysia boleh dijangkakan dalam masa terdekat ini.



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan bersama semalam berkata mereka gembira dengan kemajuan baik dalam perbincangan membuka semula perjalanan merentas Koswe dan Laluan Kedua, dengan mengambil kira keadaan kesihatan awam di Johor dan Singapura.



Perbincangan yang sedang dijalankan itu mengenai skim yang serupa dengan skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) yang akan dilancarkan bagi perjalanan udara antara kedua-dua negara itu mulai 29 November.



Di bawah VTL itu, pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya akan dapat melakukan perjalanan antara Singapura dengan Malaysia, dan menjalani ujian Covid-19 bagi menggantikan kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Encik Lee dan Datuk Seri Ismail telah berbual di telefon semalam, dan bersetuju bahawa ini adalah masa yang baik untuk menyambung semula perjalanan rentas sempadan secara progresif antara kedua-dua negara, dalam cara yang baik.



Ini memandangkan "kemajuan ketara yang kedua-dua negara telah buat dalam memvaksin penduduk masing-masing dan menguruskan pandemik Covid-19", kata kenyataan itu.



Encik Lee dan Datuk Seri Ismail berkata pandemik Covid-19 telah menjejas hubungan penduduk antara kedua-dua negara, dan memisahkan keluarga selama berbulan lama.



Kedua-dua pemimpin itu menantikan untuk menyambung semula "perjalanan merentas laluan darat antara kedua-dua negara dalam masa terdekat".



Datuk Seri Ismail berkata VTL itu akan membolehkan perjalanan sedang kedua-dua negara secara berperingkat membuka semula sempadan secara bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan memulihkan ekonomi sambil memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat daripada Covid-19.



"Saya menantikan pelaksanaan berkesan skim perjalanan ini, ditambahkan kepada yang telah kita bangunkan sebelum ini bagi memudahkan pergerakan orang dan barangan antara Malaysia dan Singapura," katanya.



Encik Lee dalam satu kiriman Facebook berkata beliau dan Datuk Seri Ismail sedang membincangkan pembukaan semula perjalanan merentas Koswe dan Laluan Kedua.



"Kami menantikan pelancaran skim VTL serupa antara Singapura dengan Johor dalam masa terdekat," kata Encik Lee.



Sebelum Covid-19 melanda, Koswe merupakan jambatan yang menghubungkan dua negara yang antara paling sibuk di dunia, dengan ribuan menggunakannya setiap hari atas pelbagai keperluan - termasuk kerja, berbelanja, riadah, cuti dan sebagainya.



Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dalam satu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam berkata sebelum pandemik Covid-19 melanda, laluan udara antarabangsa antara Singapura dengan Kuala Lumpur (KLIA) adalah yang tersibuk di dunia dengan sekitar 40 penerbangan sehari dan secara purata 7,000 ketibaan sehari di Lapangan Terbang Changi.



"Disebabkan pandemik Covid-19, kedua-dua Singapura dan Malaysia perlu menutup sempadan kita dengan perjalanan terhad tertakluk kepada keperluan kuarantin. Keluarga terpisah selama beberapa bulan dan perniagaan terjejas.



Beliau berkata mulai 12 November, Malaysia akan disenaraikan dalam Kategori II dalam klasifikasi negara/rantau bagi sejarah perjalan 21 hari - satu perkembangan yang tepat pada masanya kerana membuka ruang bagi menetapkan skim VTL dengan Malaysia.



"Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengemas kini penilaian kesihatan awamnya, dan Malaysia akan berada dalam Kategori II mulai 12 November. Mulai 29 November, kami akan memulakan VTL dengan enam perkhidmatan khusus antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA. Ia akan membolehkan pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya untuk melakukan perjalanan tanpa kuarantin antara Singapura dengan Malaysia," kata Encik Iswaran.




"Kami menantikan pelancaran skim VTL serupa antara Singapura dengan Johor dalam masa terdekat."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



"Saya menantikan pelaksanaan berkesan skim perjalanan ini, ditambahkan kepada yang telah kita bangunkan sebelum ini bagi memudahkan pergerakan orang dan barangan antara Malaysia dan Singapura."
- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



"Disebabkan pandemik Covid-19, kedua-dua Singapura dan Malaysia perlu menutup sempadan kita dengan perjalanan terhad tertakluk kepada keperluan kuarantin. Keluarga terpisah selama beberapa bulan dan perniagaan terjejas."
- Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >