Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, isteri bakal terima anugerah oleh Sultan Brunei

Jul 14, 2022 | 03:58 PM



PERDANA MENTERI, Encik Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, akan menerima anugerah diraja daripada Sultan Brunei dalam satu upacara khas di negara itu lusa (16 Julai).



Encik Lee akan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama manakala Cik Ho pula bakal menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa – Kelas Pertama daripada Sultan Hassanal Bolkiah.



Encik Lee, yang sedang mengadakan lawatan bekerja ke Brunei dari hari ini hingga lusa, dan Cik Ho, akan menghadiri majlis penyampaian anugerah itu di Istana Nurul Iman, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Encik Lee juga akan menghadiri sambutan hari ulang tahun ke-76 Sultan Hassanal Bolkiah.



Dalam kenyataannya, PMO berkata Encik Lee akan disertai Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, serta pegawai dari PMO, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >