Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee, isteri hadiri majlis pengurniaan sempena hari lahir Sultan Brunei

Jul 16, 2022 | 05:30 AM

PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong, telah menghadiri Istiadat Pengurniaan di Istana Nurul Iman di Brunei semalam.

Ia diadakan sempena perayaan hari ulang tahun ke-76 Sultan Hassanal Bolkiah.

Turut hadir isteri Encik Lee, Cik Ho Ching.

Dalam satu catatan Facebooknya, Encik Lee berkata:

"Saya amat berbesar hati kerana dapat hadir Istiadat Pengurniaan di Istana Nurul Iman pagi semalam...Selamat hari lahir yang ke-76 kepada Tuanku!"

PM Lee berada di Brunei sejak kelmarin hingga hari ini dalam satu lawatan kerja ke Brunei.

PM Lee dijadualkan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama sementara Cik Ho Ching akan menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa hari ini di Istana Nurul Iman.

Sepanjang lawatan itu, PM Lee diiringi Dr Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, menurut PMO kelmarin.

Selain menghadiri Istiadat Pengurniaan dan Jamuan Diraja, Encik Lee telah menghadap Sultan dan bertemu beberapa menteri Brunei semasa lawatannya itu.

Semasa di Brunei juga, beliau telah melawat kemudahan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3