Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Isu antara Singapura dengan Malaysia akan ditangani secara tenang

Dec 31, 2018 | 07:11 PM



 





SINGAPURA akan menghadapi isu dengan Malaysia secara “tenang dan konstruktif”, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Dalam  amanat tradisi sempena Tahun Baru yang dikeluarkan hari ini, Encik Lee menyentuh tentang Singapura di peringkat antarabangsa, isu domestik dan pemindahan kepimpinan.



Menyentuh tentang Malaysia, Encik Lee berkata bahawa ia telah mewujudkan kerajaan baru berikutan pilihan raya yang diadakan Mei lalu.



“Kita berharap untuk memelihara jalinan kerjasama yang membina dengan Malaysia, dan menaruh harapan bahawa barisan pemimpin baru kedua-dua negara dapat saling memupuk hubungan kerja yang baik.”



Walau bagaimanapun, katanya,  timbul beberapa isu antara kededua negara yang “sememangnya perkara lumrah, antara dua jiran rapat yang terikat erat oleh sejarah, ekonomi, budaya dan ikatan kekeluargaan.”



“Apabila Malaysia ingin menangguhkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi, Singapura memberikan kerjasama untuk memenuhi keperluan mereka.



“Namun, pertikaian terbaru berhubung dengan sempadan maritim, menyusuli pencerobohan provokatif ke dalam perairan kita, serta isu ruang udara, khususnya peraturan Sistem “Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar, adalah lebih rumit untuk dihuraikan. Malaysia juga ingin menyemak harga bekalan air dari Johor, satu isu lama yang tercetus semula baru-baru ini. Mengenai hal ini, pendirian Singapura adalah agak jelas.” tambahnya,” katanya.



Encik Lee menekankan: “Kita akan menangani kesemua perkara ini secara tenang dan membina. Singapura dan Malaysia perlu menangani masalah-masalah khusus, serumit mana pun masalah itu.



“Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga ingin memelihara keseluruhan hubungan.



“Caranya ialah dengan kesaksamaan dan saling hormat-menghormati, dengan berpegang teguh pada komitmen dan undang-undang antarabangsa. “




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >