Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Jadi warga negara baru satu proses dua hala

Sep 24, 2018 | 05:30 AM



MENGAMBIL kewarganegaraan baru ialah komitmen mendalam dan satu proses dua hala, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dalam upacara menyambut warga Singapura baru di kawasan undinya semalam.



Berucap kepada 150 warga baru dari Ang Mo Kio dan Sengkang West di Kelab Masyarakat Teck Ghee, Encik Lee berkata:



"Rakyat Singapura yang lain mengalualukan anda secara rasmi ke dalam keluarga ini hari ini, dan anda akan membawa pengalaman, kemahiran anda, bakat anda, kemesraan anda, untuk memperkaya kepelbagaian masyarakat kita."



Encik Lee, yang juga penasihat kepada pertumbuhan akar umbi GRC Ang Mo Kio, menambah:



"Pada masa yang sama, secara semula jadi, anda perlu membuat usaha menjadi warga Singapura, untuk membuat sumbangan anda kepada Singapura."



Upacara kewarganegaraan, yang diadakan setiap tiga bulan atau lebih di GRC serata negara, bertujuan memupuk rasa 'kepunyaan' dalam kalangan warga baru, lapor The Straits Times.



Mengambil kewarganegaraan ialah komitmen mendalam yang "lebih setakat membawa pasport baru", kata Encik Lee, yang menarik perhatian bahawa mereka yang berbuat demikian harus mengambil langkah pertama untuk berakar di sini dan menyertai masyarakat baru.



Beliau menambah kebanyakan rakyat baru sudah pun memulakan proses ini apabila mereka berpindah ke negara ini.



"Anda dilahirkan di pelbagai pelosok dunia, kemungkinan besar anda telah tinggal di negara lain sebelum datang ke Singapura.



"Tetapi anda datang ke Singapura dan anda telah tinggal, bekerja atau belajar di sini, dan ramai daripada anda memulakan keluarga anda di sini," kata Encik Lee.



Menarik perhatian sumbangan pendatang dari dekat dan jauh kepada sejarah dan kejayaan negara ini, Encik Lee berkata kisah rakyat baru akan menambah kepada kisah Singapura.



Beliau kemudian meluahkan harapannya bahawa Singapura akan kekal sebagai kediaman anak-anak dan cucu-cucu mereka, sambil menambah:



"Saya berharap juga pada masa akan datang, anda akan lebih menghargai sebab Singapura adalah unik, dan apa yang anda boleh lakukan untuk mengekalkan keistimewaan negara ini dan perpaduan rakyat kita."



Encik Lee juga menggesa rakyat baru dalam kawasan undinya itu untuk menjadi rakyat aktif dan terlibat dalam masyarakat mereka.



"Bekerjasamalah dengan warga Singapura yang lain, jagalah satu sama lain, supaya bersama kita dapat menjadikan negara ini sebagai kediaman yang disayangi generasi akan datang," katanya.



Antara mereka yang menerima sijil kewarganegaraan semalam ialah pasangan jurutera sofwe, Encik Nguyen The Huy, 39 tahun, dan Cik Tran Thi Tuyet Mai, 32 tahun, yang telah bekerja di Singapura sejak sedekad yang lalu setelah menamatkan pengajian dari Universiti Nasional Singapura.



Mereka tertarik, antara lain, dengan sistem pendidikan di sini.



"Kami amat menghargai kepelbagaian dalam sistem ini dan percaya ia akan membantu anak-anak kami meraih perspektif yang lebih luas mengenai dunia," kata Encik Huy, yang berharap dapat meraikan ulang tahun hari lahirnya dan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos tahun depan, pertama kali sebagai rakyat Singapura.



Pasangan yang dilahirkan di Vietnam itu sekarang mempunyai dua anak berusia enam tahun dan satu tahun.



Cik Mai menambah bahawa warga Singapura seperti jirannya di Teck Ghee telah membuat keluarganya rasa selesa di sini.



Menerusi jirannya juga, beliau terlibat dalam kerja kemasyarakatan, dan beliau merancang untuk meneruskan kerja masyarakat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >