Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee jamin pemerintah jaga, latih pekerja; pulih ekonomi bertahap

Apr 30, 2020 | 08:02 PM



PEMERINTAH tidak boleh menyelamatkan setiap pekerjaan tetapi memberi jaminan akan menjaga setiap pekerja dan keluarga mereka sedang ekonomi akan dibuka secara bertahap-tahap, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dalam amanat Hari Buruh yang disiarkan sebentar tadi.



Dalam amanat berbahasa Melayu, beliau menyatakan dalam jangka masa panjang, virus Covid-19 akan menyebabkan banyak perubahan struktur kepada ekonomi global, termasuk Singapura. 



Encik Lee malah memberi amaran, beberapa perusahaan akan terkubur sementara syarikat-syarikat perlu menukar model perniagaan untuk bertahan.



Demi menghadapi era baharu pascaCovid-19, Pemerintah ujarnya, "akan mempertingkatkan program-program SkillsFuture untuk melatih para pekerja secara besar-besaran". 



Akur dengan akan perubahan persekitaran trend pekerjaan hari ini, Encik Lee memberi jaminan "akan menggandakan usaha untuk melindungi para pekerja bebas, dan pekerja dalam ekonomi gig, bagi memantapkan pendapatan mereka dalam keadaan yang kurang stabil."



Ekonomi Singapura akan mengalami gugatan besar akibat penularan koronavirus dan seperti pemerintah lain di seluruh dunia, telah melaburkan jumlah yang besar cuba menghalang keruntuhan ekonomi. 



Tahun ini kata perdana menteri, Pemerintah telah membentangkan tiga Belanjawan – Perpaduan, Daya Tahan dan Kesepakatan bernilai $60 bilion.



Meskipun tidak meminjam, pemerintah menggunakan rizab untuk membantu syarikat-syarikat mengurangkan kos gaji mereka, menyelamatkan pekerjaan dan menolong mengurangkan kesulitan rakyat. 



Hasil dalam negara kasar (GDP) dijangka menguncup  antara 1 hingga 4 peratus tahun ini disebabkan ketiadaan aktiviti ekonomi di dalam mahupun di luar negara ditengah-tengah sekatan perjalanan dan perintah berkurung yang diperkenalkan negara-negara sedunia bagi membendung penularan pandemik Covid-19. 



Kelmarin, Bank DBS menganggarkan pembuangan kerja di Singapura boleh mencapai 45,600 tahun ini akibat kemelesetan ekonomi yang berpanjangan.



Semua negara perlu menyesuaikan diri dengan dunia pasca Covid-19, kata Encik Lee. Bagaimanapun, saiz yang kecil memberi kelebihan kepada republik ini untuk berdaya bingkas.



Bagi membangunkan semula ekonomi, pemerintah kata beliau akan bergerak dengan hati-hati demi memastikan jangkitan tidak kembali menular, dengan perkhidmatan mula beroperasi semula, sedikit demi sedikit dan tidak serentak. 



"Perkhidmatan yang lebih penting akan bergerak lebih awal. Sektor lain perlu tunggu dahulu, terutama sekali yang menarik ramai pengunjung, seperti pusat hiburan atau acara sukan berskala besar. 



"Tetapi cabarannya bagi Singapura adalah lebih serius kerana kita adalah negara yang begitu kecil dan terdedah kepada arus globalisasi," ujarnya



Namun untuk menangani cabaran yang dihadapi katanya, hubungan rapat tiga pihak antara majikan, pekerja dan Pemerintah selain Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan gerakan buruh memainkan peranan penting.



"Kita mesti sentiasa berjuang sebagai satu pasukan Singapura, berganding bahu melindungi golongan yang memerlukan, dan tidak mengabaikan sesiapa pun," terangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >