Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, kabinet akan ambil awal vaksin Pfizer Covid-19

Ia bagi tunjukkan warga Singapura lebih-lebih lagi warga emas, bahawa vaksin adalah selamat
Dec 15, 2020 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan kabinetnya akan mengambil vaksin awal untuk menunjukkan warga Singapura, lebih-lebih lagi warga emas, bahawa vaksin adalah selamat.



Dalam pada itu, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam turut menggalak semua warga dewasa Singapura supaya mengambil vaksin demi melindungi diri mereka dan orang tersayang daripada Covid-19.



"Pemvaksinan adalah lagi satu strategi utama yang akan membolehkan kita melindungi diri kita serta orang tersayang daripada Covid-19 dan membolehkan ekonomi kita untuk dibuka semula dan lebih banyak kegiatan sosial untuk disambung semula," kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong sambil berkata menjalankan ujian Covid-19 adalah salah satu strategi memerangi pandemik ini.



Buat masa ini, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech di Singapura bagi mencegah Covid-19.



Jawatankuasa Pakar bagi Pemvaksinan Covid-19 dalam kenyataan mereka berkata mereka setuju dengan saranan HSA bahawa ia sesuai digunakan individu berusia 16 tahun dan ke atas, tetapi wanita yang mengandung, mereka yang sistem imun mereka terjejas, dan mereka di bawah usia 16 tahun tidak patut mendapat vaksin itu dulu sehingga lebih data tersedia.



Semalam, Encik Gan berkata semua warga Singapura digalakkan untuk mengambil vaksin itu, tetapi ia adalah secara sukarela.



Pengarah perkhidmatan perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Madya Kenneth Mak, berkata penilaian lanjut bagi data jangka panjang akan dilakukan untuk memastikan keimunan itu boleh bertahan lama dan untuk menentukan jumlah penduduk yang perlu diberi vaksin yang dapat membangunkan keimunan kepada virus Covid-19.



Menurut HSA dalam kenyataan mereka semalam, regim pemvaksinan yang diberikan Pfizer-BioNTech memerlukan dua dos vaksin untuk diberikan dalam jarak 21 hari bagi individu berusia 16 tahun dan ke atas.



Berdasarkan semakan data klinikal, mereka mendapati bahawa faedah vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech melebihi risiko yang diketahui, sambil menyatakan ia menunjukkan keberkesanan vaksin tinggi iaitu sebanyak 95 peratus.



Ini bermakna terdapat pengurangan sebanyak 95 peratus bagi Covid-19 simptomatik dalam kumpulan yang telah diberi vaksin jika dibandingkan dengan kumpulan saiz serupa bagi mereka yang tidak diberi vaksin, kata HSA.



Profesor Mak berkata pemvaksinan bukan huraian mudah yang dapat menamatkan Covid-19 dengan segera.



"Langkah pengurusan selamat dan jarak selamat, terus menjadi kritikal sehingga waktu di mana jumlah cukup penduduk kita dilindungi.



"Vaksin Covid-19 akan mempercepat pemulihan kita daripada pandemik tetapi ia akan mengambil sedikit masa sebelum dunia kembali seperti biasa sebelum Covid-19," tambahnya.



Dalam ucapannya sebelum sidang MTF semalam, Encik Lee menggesa penduduk Singapura untuk mendapatkan vaksin jika ditawarkan kepada mereka.



"Lagi ramai daripada kita diberi vaksin, lebih sukar untuk virus itu menular, dan kita akan lebih selamat sebagai satu masyarakat," ujarnya.



Beliau berkata sebagai hab penerbangan global, Singapura memainkan peranan penting dalam pengangkutan vaksin Covid-19 ke seluruh dunia.



Vaksin akan menyokong pemulihan negara ini dalam banyak cara, tambahnya.



Beliau turut menyatakan bahawa vaksin akan memerlukan pengurusan rantaian sejuk atau cold chain management, di mana ia diangkut dalam sekitaran yang suhunya dikawal pada setiap tahap perjalanannya.



Contohnya, vaksin Pfizer perlu disimpan pada suhu -70 darjah celsius, yang Encik Lee menyatakan lebih sejuk daripada Artik pada musim sejuk.



"Ini memerlukan prasarana, piawaian tinggi, kakitangan berkemahiran, dan perhubungan baik ke banyak negara berbeza sepanjang rantaian bekalan itu," tambahnya.



Mujur, Singapura mempunyai ekosistem kuat untuk menangani kargo, kata Encik Lee.



"Kita kini sedang mempersiapkan diri kita untuk menangani jumlah besar hantaran vaksin ke dalam dan menerusi Singapura, untuk membantu mengatasi perjuangan global menentang Covid-19," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >