Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Kabinet bantah robohkan rumah Oxley Road

Jul 03, 2017 | 01:45 PM



KABINET, kecuali Perdana Menteri Lee Hsien Loong, telah sebulat suara menyatakan bantahan mereka bagi merobohkan rumah mendiang Lee Kuan Yew menyusuli pertemuan mendiang Lee dengan barisan menteri pada Julai 2011.



"Para menteri telah sebulat suara menyatakan bangkangan mereka merobohkan rumah itu.



"Saya merupakan satu-satunya yang tidak menyatakan pandangan, kerana saya adalah anak lelaki dan PM dan dengan itu ia bertentangan," kata PM Lee di Parlimen hari ini.



Selepas mesyuarat itu katanya, mendiang Lee telah memikirkan bagaimana menangani soal rumah itu.



"Beliau membincangkan dengan keluarga bagaimana hendak merobohkan dan membangunkan tapak itu semula



"Malah sebelum mesyuarat Kabinet, Encik Lee (Kuan Yew) telah meninjau semua pertimbangan dengan seluruh keluarga; Siapa yang mewarisi harta itu, sama ada ia seorang atau beberapa anaknya; sama ada merobohkan rumah itu sebelum atau selepas beliau meninggal dunia; sama ada mendermakan hasilnya kepada amal selepas kawasan itu dibangunkan semula, dan jika demikian anak mana akan berkongsi derma itu, dan mendermakan kepada badan amal mana," terang PM Lee dengan penuh terperinci.



Tambah PM Lee lagi, pada satu ketika, adik lelaki beliau, Encik Lee Hsien Yang, telah mencadangkan supaya bapa mereka menghadiahkan hartanah itu kepada Singapura, tertakluk kepada syarat bahawa rumah itu dirobohkan dan taman awam kecil dibina di situ.



"Saya berkata bahawa ia patut dipertimbangkan, tetapi saya menawarkan satu lagi pilihan: merobohkan rumah dan membangunkan semula tapak mengikut kemahuan bapa saya, tetapi kemudian menjual hartanah itu dan mendermakan hasilnya kepada amal.



"Saya bertanya kepada bapa saya di antara dua pilihan itu, mana yang beliau pilih, dan beliau menjawab yang terakhir, iaitu merobohkan rumah, membangun semula dan menjual, dan mendermakan hasilnya kepada amal



"Beliau seorang yang berfikiran praktikal," ujar PM Lee sebagai menceritakan rentetan perbincangan mengenai nasib rumah termasuk.



PM Lee seterusnya menyatakan bahawa pada Ogos 2011, kira-kira sebulan selepas mesyuarat Kabinet, mendiang Lee telah memutuskan untuk mewasiatkan 38 Oxley Road kepada anak sulungnya, yakni PM Lee, sebagai sebahagian daripada bahagian harta pusaka beliau, dan memberitahu keluarga.



"Ho Ching (Isteri kepada Encik Lee Hsien Loong) dan saya tahu hasrat ayah saya dan juga perasaan ibu saya



"Kami juga tahu bagaimana Kabinet dan orang ramai melihat perkara itu. Kami mula membincangkan pilihan dengan bapa saya, melihat cara terbaik kami boleh memenuhi kehendaknya, sekiranya rumah itu tidak dapat dirobohkan



"Keprihatinan bapa saya adalah rumah itu tidak seharusnya menjadi buruk dan usang, dan ia tidak harus menjadi beban yang mahal menyenggarakannya," kata PM Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >