Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Kabinet disusun semula selepas Parlimen diprorog, beri menteri lebih muda tanggungjawab tambahan

Feb 27, 2018 | 12:28 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata pada Selasa (27 Februari) bahawa beliau akan menyusun semula Kabinet - selepas Parlimen diprorog, atau digantung - untuk memberi menteri lebih muda lebih banyak pendedahan dan tanggungjawab.





Langkah ini akan menentukan penggantinya akan mendapat sokongan pasukan yang lebih berpengalaman dan lebih kuat yang komited memimpin Singapura di masa depan, kata Encik Lee, menulis di Facebook.

Encik Lee turut berkongsi garis masa bila penyusunan semula Kabinet akan berlaku. Menerut beliau, perbahasan Belajawan akan bermula hari ini (Selasa, 27 Februari) sebelum Parlimen menjadi Jawatankuasa Perbekalan untuk memperbahaskan rancangan perbelanjaan setiap kementerian.

Parlimen akan diprogrog selepas itu bagi rehat pertengahan penggal, sebelum dibuka semula pada Mei, kata Encik Lee.





Presiden Halimah Yacob juga dijadual memberi taklimat sulung untuk membentangkan agenda Pemerintah bagi baki penggal di pembukaan sesi Parlimen baru.

Menurut Encik Lee, beliau sedang meminta menteri generasi ke-empat untuk mendraf agenda pemerintah bagi taklimat Puan Halimah.





“Ini akan membenarkan warga Singapura lebih mengenali dan memahami pendapat mereka,” kata Encik Lee. 

Sebelum ini, Encik Lee telah berkata bahawa tiada timbalan perdana menteri baru akan dilantik di penyusunan Kabinet yang menjelang ini, yang mencadangkan tiada calon utama akan didedahkan kepada awam selepas proses penyusunan ini.



Isu peralihan kepimpinan timbul selepas Menteri Kanan Emeritus Encik Goh Chok Tong berkata Disember lalu bahawa beliau berharap agar menteri lebih muda akan memilih pemimpin mereka dalam tempoh enam hingga sembilan bulan pertama tahun ini, dan pemimpin ini akan dijadikan calon Perdana Menteri pada 2018.





Mengulas tentang perkara ini bulan lalu, Encik Lee berkata:

“Penilaian saya adalah ia aka mengambil masa lebih lama.”

Dalam pada itu, Encik Lee juga berkongsi gambar jamuan malam ‘Chap Goh Mei’ di Istana Jumaat lalu, yang dihadiri Anggota Parlimen (AP), pemimpin masyarakat dan tetamu lain.

Perayaan itu menyambut hari ke-15 dan hari terakhir Tahun Baru Cina.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >