Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ke AS bagi lawatan kerja

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat bermula hari ini hingga 2 April.



Beliau dijadual mengunjungi Washington DC dan Bandar New York, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.



"Lawatan itu akan membina hubungan antara Singapura dengan Amerika Syarikat yang kukuh, sudah lama terjalin, serta mencakupi pelbagai aspek," kata PMO.



Lawatan terakhir Encik Lee ke negara itu ialah pada September 2019.



Di Washington DC, Encik Lee akan menemui Presiden Amerika, Encik Joe Biden; Naib Presiden, Cik Kamala Harris; dan Setiausaha Kabinet lain secara berasingan.



Beliau juga akan menemui anggota kanan Senat dan Dewan Perwakilan.



"Pertemuan itu akan menyemak dan membincangkan cara melanjutkan kerjasama rapat dalam pelbagai bidang," menurut kenyataan itu lagi.



Encik Lee juga akan menyertai satu dialog dalam Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR) semasa di Washington DC.



Di New York pula, Encik Lee akan bertemu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, pemimpin industri dan sektor kewangan, serta tokoh Amerika yang lain.



Dalam lawatan itu, Encik Lee akan ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo; serta pegawai pelbagai kementerian.



Semasa ketiadaan Encik Lee, Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >