Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ke Washington bagi hadiri Sidang Puncak Khas Asean-Amerika

May 10, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan kerja ke Washington DC, Amerika Syarikat, mulai hari ini hingga Sabtu, untuk menghadiri Sidang Puncak Khas Asean-Amerika.



Semasa di sana, beliau dan pemimpin Asean lain dijadual bertemu dan mengadakan perbincangan dengan presiden Amerika, Encik Joe Biden.



Mereka akan dijamu di majlis makan malam lusa, dengan Encik Biden selaku tuan rumah, selain mengadakan satu pertemuan sempena sidang puncak khas itu bersama Encik Biden pada petang Jumaat (waktu tempatan).



Dalam sidang puncak itu, kedua-dua Asean dan Amerika antaranya akan mengkaji semula Kerjasama Strategik Asean-Amerika sedia ada, selain membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua pihak dalam pelbagai bidang bagi masa hadapan.



Pemimpin Asean dan Presiden Biden juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.



Pertemuan itu adalah sidang puncak khas kedua antara presiden Amerika dengan pemimpin Asean sejak 2016, dan merupakan langkah lanjutan daripada Sidang Puncak Asean-Amerika ke-9 yang diadakan secara maya pada Oktober tahun lalu dan dihadiri Presiden Biden.



Selain itu, Encik Lee dan pemimpin Asean lain juga akan dijamu dalam satu majlis makan tengah hari yang dihos Naib Presiden, Cik Kamala Harris, di samping makan tengah bersama pemimpin Kongres yang dihos Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi.



Turut dirancang adalah perbincangan pemimpin Asean dengan Cik Harris bersama sebuah kumpulan Setiausaha Kabinet Amerika, dengan perbincangan tertumpu kepada tindakan iklim, peralihan tenaga bersih dan infrastruktur mampan.



Menurut kenyataan PMO itu, Encik Lee diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan pegawai dari PMO, Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).



Semasa ketiadaan Encik Lee, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.



Berkaitan sidang puncak khas itu, ia dijangka membolehkan Amerika, antara lain, terus mempertingkat kerjasama dan komitmennya kepada rantau Asia Tenggara termasuk dalam bidang pemulihan ekonomi pos-Covid-19, ekonomi digital serta perubahan iklim yang telah lama terjalin antara kuasa besar itu dengan Asean.



Amerika juga dijangka menyentuh isu semasa seperti hubungan Amerika-China, peperangan di Ukraine, dan isu Myanmar - sebuah anggota Asean yang kini berada dalam keadaan tidak stabil selepas rampasan kuasa oleh junta tentera pada Februari tahun lalu.



Amerika telah menyokong gesaan Asean supaya Myanmar mematuhi Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui semasa sidang pemimpin Asean pada 24 April 2021, sebelum wakil kepimpinan negara itu diundang semula untuk menghadiri sidang Asean.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >