Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Kedaulatan, keutuhan wilayah asas penting bagi SG

Apr 11, 2022 | 06:13 AM



ISU kedaulatan dan keutuhan wilayah ialah asas penting bagi negara kecil seperti Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Atas dasar itu, perang di Ukraine merupakan isu kewujudan bagi Singapura, dan negara ini telah secara konsisten mempertahankan prinsip ini apabila ia timbul di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



"Kedaulatan dan keutuhan wilayah bukan sahaja antara prinsip dalam Piagam PBB, tetapi bagi negara kecil seperti kami, ia benar-benar satu perkara asas," ujar Encik Lee.



Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama Lembaga Editor akhbar Wall Street Journal semasa lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini.



Kata Encik Lee, Singapura telah mempertahankan prinsip tersebut seawal pada 1983 apabila Amerika Syarikat menakluki Grenada, dan pada 1978 apabila Kemboja ditakluki Vietnam.



"Kebanyakannya, kami tidak bertindak secara bebas daripada keputusan PBB, dan kami mengikuti sekatan atau keputusan yang disarankan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).



"Tetapi dari masa ke masa, UNSC tidak boleh buat apa-apa. Dalam kes ini, ia satu pelanggaran norma antarabangsa yang besar dan serius hingga kami membuat keputusan bertindak sendiri, UNSC atau tidak," ujarnya.



Oleh itu, Singapura telah memperkenalkan beberapa sekatan ke atas eksport barangan yang boleh digunakan Russia di Ukraine, serta sekatan ke atas institusi kewangan.



Ukraine juga mempunyai implikasi ke atas Asia, kata Encik Lee.



"Beberapa orang yang bersikap terburu-buru berkata satu situasi serupa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) akan terjadi di Asia, tetapi Asia berbeza.



"Bagaimanakah kami mengatasinya agar di Asia kami mempunyai institusi yang betul dalam jangka panjang, agar kami boleh membangun kepentingan bersama dan kesalingbergantungan merentas garisan bertentangan dan mencegah perpecahan? Itulah yang menjadi keprihatinan kami," ujar Encik Lee.



Ditanya mengenai bagaimana isu Ukraine menjejas pemikiran tentang aturan keselamatan di rantau ini, Encik Lee berkata rantau ini mempunyai negara yang menjadi sekutu Amerika, dan bukan sekutu Amerika, seperti Singapura, yang mempunyai kerjasama keselamatan.



"Singapura dan AS bekerjasama rapat, kami fikir baik anda menyertai rantau ini, tetapi ia tidak bermakna kami menyertai perang anda, atau kami mengharapkan anda datang menyelamatkan kami jika sesuatu berlaku.



"Terdapat fleksibiliti, dan saya fikir baik kami mengekalkannya seperti itu, kerana negara-negara di rantau ini, kami tidak kesemuanya sehaluan," ujar Encik Lee.



Di samping itu, hubungan Amerika dan China juga antara perkara yang menjadi lebih rumit disebabkan isu Ukraine, dengan Amerika mungkin tertanya mengapa China tidak menyokongnya dalam perkara ini.



"Anda perlu berhati-hati untuk tidak mendefinisikan masalah dengan Ukraine yang secara automatik meletakkan China dalam pihak yang salah, contohnya, dengan menjadikannya satu pertempuran antara demokrasi dan autokrasi.



"Kita semua mempunyai masalah di Ukraine. Saya fikir jika kita bincangkan mengenai kedaulatan, kebebasan dan keutuhan wilayah, banyak negara akan menyokong.



"Bahkan China juga tidak akan menentangnya, dan mungkin secara privet menyokongnya dengan kuat," ujar Encik Lee.



Tetapi dengan mengatakan ianya satu isu demokrasi menentang autokrasi, ia merumitkan lagi masalah.



Oleh itu, pentadbiran Amerika perlu memastikan strategi dan rancangan yang sewajarnya di Asia, kata Encik Lee.



Dalam wawancara itu, Encik Lee antara lain turut ditanya tentang perubahan huhubungan ekonomi antara Amerika dan China, pengaruh asing di Singapura serta senjata nuklear.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >