KEHARMONIAN antara kaum dan agama yang berbeza merupakan prinsip asas bagi Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong sempena Hari Keharmonian Kaum semalam.
Dalam satu pos Facebooknya, PM Lee menulis dengan mengajak rakyat Singapura meraikan kepelbagaian mereka dan berkongsi adat dan budaya satu sama lain.