Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Kejadian banyak kematian di tempat kerja tidak boleh diterima

May 10, 2022 | 05:30 AM



KEJADIAN kematian di tempat kerja baru-baru ini merupakan bilangan yang terlalu banyak, dan ia tidak boleh diterima, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.



Syarikat-syarikat digesa agar mengenakan tempoh tenang keselamatan, atau safety time-out (STO), selama dua minggu mulai semalam, selepas 10 kematian di tempat kerja dilaporkan bulan lalu.



Ini menjadikan jumlah kematian di tempat kerja setakat tahun ini kepada 20 - jumlah kematian tertinggi bagi tempoh yang sama sejak 2016.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM, Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan rakan kongsi industri juga menggesa agar syarikat-syarikat melaksanakan STO.



"Kita telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk mencegah kemalangan di tempat kerja, terutamanya kematian.



"Kita telah mencapai kemajuan yang baik," kata Encik Lee dalam catatan Facebook.



"Bagaimanapun, dengan pembukaan semula ekonomi kita dan kegiatan kembali meningkat, piawaian dan amalan keselamatan nampaknya telah diabaikan.



"Kadar kemalangan telah meningkat, dan kita hilang kedudukan."



Syarikat-syarikat boleh menyemak keselamatan tempat kerja, mengukuhkan proses keselamatan mereka dan menangani isu keselamatan yang dibangkitkan oleh pekerja, tambah Encik Lee.



Setiap tempoh tenang keselamatan melibatkan syarikat berhenti bekerja supaya pengurusan kanan boleh melibatkan pekerja dan kesatuan sekerja dalam proses keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH), dan bertindak atas sebarang isu yang mungkin timbul.



Syarikat juga harus menyemak penilaian risiko, dan memastikan bahawa pekerja melaksanakan kawalan risiko serta mempunyai latihan WSH yang berkaitan dengan peranan mereka.



Syarikat telah diminta supaya memastikan pengajaran daripada kemalangan lampau serta keadaan berbahaya dikongsi dengan semua pekerja demi mengelakkan kemalangan ini berulang.



STO yang ditetapkan ini akan mempunyai dua bidang tumpuan, iaitu penggunaan peralatan yang selamat - seperti forklift - dan bekerja dengan selamat pada ketinggian, yang termasuk bekerja pada permukaan yang rapuh dan penggunaan tangga.



Daripada 20 kes kematian tahun ini, apa yang membimbangkan ialah tujuh daripadanya serupa kes yang berlaku pada 2021: tiga kes melibatkan jentera forklift, dua terjatuh dari tangga, dan dua terjatuh dari permukaan yang rapuh.



Siasatan awal menunjukkan kebanyakan kes itu boleh dielakkan dengan langkah keselamatan dan kesihatan asas seperti memakai tali keledar dalam jentera forklift dan pakaian keselamatan perlindungan tidak mencukupi atau tidak dipakai langsung.



Encik Lee berkata:



"Kita mesti memperbetul perkara ini. Saya menyeru semua yang terlibat - majikan, penyelia dan pekerja - memandang keselamatan di tempat kerja dengan serius.



"Nyawa terancam. Kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua pekerja kita selamat, sama ada mereka pekerja tempatan ataupun asing."




"Kita telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk mencegah kemalangan di tempat kerja, terutamanya kematian.



Kita telah mencapai kemajuan yang baik.



Bagaimanapun, dengan pembukaan semula ekonomi kita dan kegiatan kembali meningkat, piawaian dan amalan keselamatan nampaknya telah diabaikan.



Kadar kemalangan telah meningkat, dan kita hilang kedudukan."



- Encik Lee Hsien Loong dalam catatan Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >