Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MESYUARAT PEMIMPIN EKONOMI APEC

PM Lee kemuka 3 saranan atasi kesan virus, rangsang ekonomi

Nov 21, 2020 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menggesa para negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) supaya memperkukuhkan kerjasama dalam penghasilan dan pengerahan vaksin serta menyambung semula pergerakan barangan dan penduduk.



Ini adalah antara saranan dibuat dalam ucapannya semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec (AELM) yang ke-27, yang diadakan secara maya semalam.



Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku peranan negara itu sebagai pengerusi Apec tahun ini.



Encik Lee berkata ekonomi-ekonomi Apec harus bekerjasama untuk menentang virus itu dan merangsang pemulihan ekonomi.



Dalam hal ini, Encik Lee membentangkan tiga saranan untuk berbuat demikian.



Pertama, para anggota Apec boleh meningkatkan kerjasama dalam pembangunan dan pengerahan vaksin.



"Para anggota Apec harus bekerjasama untuk membangunkan dan mempromosikan akses kepada ujian diagnostik, rawatan dan vaksin," ujar beliau.



Menurut Encik Lee, Singapura merupakan pengerusi bersama kumpulan Teman-Teman bagi Kemudahan Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax), yang bertujuan untuk menyokong pembangunan vaksin dan kesepakatan berbilang pihak berhubung vaksin.



Lantas, beliau menggesa ekonomi Apec agar menyertai usaha itu.



Kedua, Encik Lee menyarankan agar pergerakan barangan dan penduduk disambung semula.



Para anggota Apec telah melaksanakan 'Pengisytiharan dalam Memudahkan Pergerakan Barangan Penting' pada Julai lalu dan ini boleh diperluaskan lagi dengan memperbaharui peraturan dagangan digital bagi memudahkan pergerakan kiriman rentas sempadan, jelas beliau.



Encik Lee menekankan bahawa negara anggota Apec harus bekerjasama untuk membuka semula sempadan dengan selamat untuk lawatan.



Pelancongan global dan penerbangan telah terjejas teruk dengan kesan yang melimpah kepada sektor lain.



Bagi menangani ini, Singapura telah mengambil pendekatan berbilang serampang - menubuhkan gelembung perjalanan atau Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan ekonomi yang berfikiran serupa dan membuka sempadan secara sepihak kepada negara-negara lain, termasuk beberapa negara Apec, kata Encik Lee.



Ketiga, beliau menyeru agar sokongan diberikan terhadap pembangunan inklusif bagi ekonomi-ekonomi Apec.



"Ekonomi-ekonomi Apec sedang bekerjasama dalam pembangunan sumber manusia bagi melengkapi masyarakat kita dengan kemahiran dan pengetahuan untuk ekonomi masa depan.



"Singapura telah melakukan peranannya menerusi Program Kerjasama Singapura," terang Encik Lee.



Menerusi itu, Singapura telah berkongsi pengalaman pembangunannya dengan lebih 130,000 pegawai asing, termasuk banyak negara anggota Apec.



Encik Lee turut melahirkan sekali lagi sokongan sepenuhnya terhadap Wawasan Putrajaya 2040.



Dengan lengkapnya Matlamat Bogor, maka adalah bertepatan masa untuk menyegarkan wawasan bersama untuk Apec, tambah beliau.




"Ekonomi-ekonomi Apec sedang bekerjasama dalam pembangunan sumber manusia bagi melengkapi masyarakat kita dengan kemahiran dan pengetahuan untuk ekonomi masa depan... Singapura telah melakukan peranannya menerusi Program Kerjasama Singapura."
- PM Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >