SISTEM penjagaan kesihatan yang berdaya tahan, tindak balas kesihatan awam yang berkesan serta tahap kepercayaan orang ramai yang tinggi - tiga faktor itu semuanya secara bersama membuat perubahan besar kepada Singapura semasa wabak Covid-19, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Antara tiga faktor kritikal itu, paling penting dalam respons pandemik itu adalah kepercayaan, ujar beliau, sambil menyatakan perkara itu adalah sumber amat berharga dan negara ini telah membangunkan tahap kepercayaan tinggi dalam masyarakat sejak sekian lama - antara rakyat Singapura dengan pemerintah, dan penting sekali, antara satu sama lain.