PM Lee: Kerjasama antarabangsa perlu bagi raih pertumbuhan semula ekonomi, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

BERITA

PM Lee: Kerjasama antarabangsa perlu bagi raih pertumbuhan semula ekonomi

Jan 30, 2021 | 05:30 AM

SEDANG dunia melangkah ke fasa baru pasca Covid-19, negara-negara perlu memperkukuhkan rangka kerja untuk kerjasama antarabangsa bagi meraih pertumbuhan semula, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Sebagai tugasan segera, negara-negara harus bekerjasama untuk membangunkan satu sistem standard dan kukuh bagi mengesahkan kesahihan ujian dan vaksinasi.

Ini kerana ia penting dalam usaha membuka semula sempadan dan menyambung semula pergerakan antarabangsa, tekan Encik Lee dalam satu ucapan khas semasa Davos Agenda yang dianjurkan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) semalam.

Encik Lee berkata untuk memperolehi pertumbuhan semula, kita harus melihat ke hadapan dan tidak kembali kepada keadaan seperti sebelumnya.

"Dalam negara, pemerintah dan perniagaan mesti bekerjasama untuk memanfaatkan pasaran baru dan membangunkan teknologi baru.

Discover Malay Home Based Businesses

"Dari sudut luaran pula, negara-negara harus memperkukuhkan rangka kerja untuk kerjasama antarabangsa," ujar beliau.

Encik Lee berkata tugasan segera yang boleh dilakukan oleh negara-negara ialah untuk bekerjasama bagi membangunkan satu sistem standard dan kukuh bagi mengesahkan kesahihan ujian dan vaksinasi.

"Ini penting dalam usaha membuka semula sempadan dan menyambung semula pergerakan antarabangsa.

"Pada jangka panjang, negara-negara harus bekerjasama untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia dan mencipta peraturan baru bagi mentadbir dan memupuk bentuk kegiatan ekonomi baru," terangnya.

Misalnya, bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi digital dan membolehkan e-pembayaran rentas sempadan yang selamat dan aliran data, kita harus membangunkan peraturan e-dagangan baru, kata Encik Lee.

Singapura telah merumuskan Perjanjian Ekonomi Digital dengan negara yang berfikiran sama seperti Australia, Chile dan New Zealand.

"Kami berharap ini hanyalah permulaan. Kami menggalak semua negara supaya bekerjasama untuk membentuk dan mengembangkan ekonomi digital global," ujar beliau sambil menukil pemeteraian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tahun lalu sebagai komitmen kolektif utama terhadap penyatuan ekonomi di tengah-tengah pandemik.

Dalam ucapannya juga, Encik Lee menarik perhatian tentang hubungan Amerika Syarikat dan China, sebagai trend paling membimbangkan.

Menurut beliau, pentadbiran Amerika yang baru merupakan satu peluang untuk memandu hubungan kededua negara yang lebih mesra.

Dalam hal ini, presiden WEF, Encik Borge Brende berkata semasa dialog maya dengan Encik Lee, bahawa terdapat kemungkinan Presiden Amerika baru, Joe Biden akan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari China semasa mesyuarat WEF di Singapura pada Mei nanti.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map