Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Kerjasama penting pulih Asia-Pasifik

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



KERJASAMA antarabangsa adalah penting bagi membantu Asia-Pasifik pulih daripada pandemik Covid-19 dan membina ekonomi yang kukuh, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Dalam satu kiriman Facebook semalam, Encik Lee berkata beliau menekankan "pentingnya pembukaan semula sempadan kita secara berperingkat bagi membolehkan kita membina semula ekonomi kita dan menyokong perniagaan" di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) malam kelmarin.



Ini sedang pemimpin Asia-Pasifik berikrar di mesyuarat maya itu untuk bekerjasama dalam membantu dunia pulih daripada pandemik Covid-19 dengan memperdalam penyepaduan ekonomi dan mengongsi vaksin secara lebih saksama.



Para pemimpin juga berikrar untuk menangani perubahan iklim, menggalak inovasi digital dan mengukuhkan rantaian bekalan.



"Ekonomi APEC telah mempamerkan perpaduan dan mencapai kemajuan baik dalam menjaga daya tahan dan keterbukaan rantaian bekalan untuk mengekalkan aliran perdagangan," kata Encik Lee lagi dalam kiriman Facebooknya itu.



"Anggota juga boleh memanfaatkan perjanjian perdagangan utama untuk memperdalam penyepaduan ekonomi serantau. Terdapat juga ruang untuk Apec menangani perubahan iklim bersama-sama dan berusaha ke arah ekonomi hijau.



"Dalam dunia pascapandemik, kita mesti melihat ke hadapan dan merebut peluang bekerjasama dalam bidang pertumbuhan baru, seperti ekonomi digital, supaya kita semua dapat berkongsi hasilnya, hari ini dan pada masa akan datang," tambah Encik Lee.



Di mesyuarat itu, kesemua 21 anggota ekonomi Apec menolak nasionalisme vaksin, berikrar untuk meningkatkan pengeluaran vaksin, mempercepatkan pergerakan vaksin dan produk perubatan penting berkaitan melalui kastam, dan mengelakkan larangan eksport yang tidak perlu.



Apec juga berkata, ia akan menyelaraskan maklumat dengan lebih baik mengenai ujian Covid-19 dan pensijilan vaksinasi, serta kru udara dan maritim untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >