SUSULAN SERANGAN BOM DI LAHORE
PM Lee kirim kawat takziah
Mar 30, 2016 | 05:30 AM
PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong (gambar), telah menghantar kawat takziah kepada rakan sejawatannya dari Pakistan, Encik Muhammad Nawaz Sharif.
"Bagi pihak pemerintah Singapura, saya mengutus kawat takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa selain rakyat dan Pemerintah Pakistan berikutan serangan pengganas yang kejam di Lahore, Pakistan.