Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee kirim surat ucap tahniah kepada PM Muhyiddin, ingin teroka kerjasama pelbagai bidang

Mar 02, 2020 | 10:23 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong, pada Isnin (2 Mac) telah menulis surat untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) kelapan Malaysia. 



Dalam surat itu, Encik Lee berkata ada pelbagai peluang bagi kededua Singapura dan Malaysia untuk bekerjasama dan memperluas hubungan mereka dalam sekitaran yang semakin mencabar pada masa kini.



Kata Encik Lee, sejauh ini, Singapura telah bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam pelbagai bidang untuk mendatangkan manfaat  bagi kededua negara itu.



"Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang lama dan mendalam. Kami mempunyai hubungan sejarah, geografi dan hubungan rapat sebagai teman dan keluarga.



"Saya yakin hubungan dua hala kami akan tetap berkembang dan maju di bawah kepimpinan anda sebagai Perdana Menteri Malaysia," tekan Encik Lee.



Sementara itu, Encik Lee sekali lagi mengundang Tan Sri Muhyiddin untuk mengadakan lawatan rasmi ke Singapura. Beliau telah mengundang Tan Sri Muhyiddin menerusi telefon sebelum ini. 



"Terdapat banyak bidang di mana kededua negara dapat maju bersama dalam sekitaran dunia yang mencabar ini," kata Encik Lee. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >