Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee kongsi kisah telegram mendiang Encik Lee di Facebook

Apr 06, 2015 | 05:23 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong hari ini mengongsi menerusi Facebooknya sebuah gambar telegram yang dihantar oleh bapanya pada 1958.


Dalam telegram itu, Encik Lee Kuan Yew, yang ketika itu berada di Sarawak, Malaysia, dan masih menjalani tugas sebagai peguam, telah menulis: "ARRIVING TODAY BATTLESHIP = LEEKUANYEW"


PM Lee berkata ibunya tidak memahami mesej tersebut.


"Apakah bapa saya akan pulang menaiki kapal perang? Setiausaha Lee & Lee menelefon Pangkalan Laut British di Sembawang untuk memastikan jika ada kapal perang tiba dari Sarawak, tetapi mereka tidak tahu menahu mengenainya," tulis Encik Lee.


Mendiang Encik Lee sebenarnya mahu memberitahu keluarganya bahawa beliau ingin makan stimbot untuk makan malam.


"Bapa saya pulang hari itu, tetapi bukan menaiki kapal perang. Beliau menjelaskan bahawa beliau mahu makan stimbot untuk makan malam, tetapi oleh kerana 'steam boat' dua perkataan, dan telegram mengenakan bayaran berdasarkan perkataan, beliau menulis 'battleship' untuk menjimatkan perkataan dan wang!


"Sedihnya, oleh kerana kami tidak memahami mesej tersebut, kami tidak makan stimbot malam itu," kata PM Lee dalam kiriman Facebooknya.


PM Lee menemui telegram tersebut semasa mengemas barang-barang kepunyaan bapanya di rumah.


Mendiang Lee meninggal dunia pada 23 Mac lalu pada usia 91 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >