Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM EKONOMI BARU BLOOMBERG

PM Lee lahir hasrat hubungan membina presiden baru AS dengan China

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



ASIA - dan terutamanya China - merupakan bahagian penting dalam dunia bagi Amerika Syarikat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam, sambil melahirkan harapannya bahawa Presiden Amerika yang baru dipilih Joe Biden akan membangunkan rangka kerja bagi hubungan membina keseluruhan bersama China.



Ini bermakna sebuah hubungan di mana Amerika dan China kekal bersaing dengan isu untuk dihuraikan tetapi pada asasnya, tidak mahu bercanggah dan akan bekerjasama untuk membangunkan bidang kepentingan sama sementara mengehad bidang percanggahan, kata beliau semalam di Forum Ekonomi Baru Bloomberg.



Dalam rangka kerja itu, topik seperti perdagangan, keselamatan, perubahan iklim, pengawalan senjata nuklear dan isu Korea Utara boleh ditangani, tambah beliau.



Encik Lee juga melahirkan harapan agar Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), di bawah pentadbiran Encik Biden, tidak lagi akan "dengan sengaja ditolak ketepi" dalam cara ia dilakukan di bawah pentadbiran Presiden (Donald) Trump.



Negara-negara mungkin berkelahi tentang pelbagai perkara tetapi mereka harus cuba "melindungi" perdagangan kerana pertikaian perdagangan menjejas semua pihak yang terlibat, kata beliau.



"Lebih banyak negara mengelak daripada melakukannya (pertikaian perdagangan), mereka akan lebih dipercayai apabila mereka berkata kami percaya dengan perdagangan pelbagai pihak, dan mereka percaya dalam pembangunan yang saling menguntungkan dan kerjasama dengan jiran-jiran kita," kata beliau



Encik Lee berkata demikian kepada ketua editor Bloomberg News John Micklethwait dalam satu wawancara yang menyentuh topik seperti hubungan antara Amerika dengan China, perlumbaan sejagat untuk mendapatkan vaksin Covid-19, dan cara Singapura menangani pandemik.



Encik Lee juga ditanya sama ada Presiden Trump telah melakukan "kerosakan kekal" dalam cara Amerika dipandang dalam rantau ini.



Akan terdapat beberapa kesan jangka panjang tentang perspektif ke atas Amerika dan juga cara Amerika memandang dirinya sendiri, kata Encik Lee.



Meskipun peralihan dalam perspektif tidak bermula dengan Encik Trump, ia telah menjadi lebih jelas dalam tempoh empat tahun lalu.



"Apabila anda bercakap tentang mengutamakan Amerika dan menjadikan Amerika hebat sekali lagi, ia adalah definisi lebih sempit tentang kepentingan Amerika dan bukan cara pentadbiran Amerika menganggap sesetengah perkara sehingga kini," kata Encik Lee.



Pentadbiran sebelum ini mempunyai kepentingan luas dalam kestabilan rantau dan kesejahteraan rakannya, kata beliau.



Ia menumpukan perhatian kepada negara-negara berikat, memupuk sekitaran teratur di mana negara-negara boleh makmur dan ia mematuhi peraturan yang sama.



"Ia akan mengambil masa bagi Amerika kembali kepada kedudukan sedemikian, dan bagi yang lain yakin bahawa ia mengambil kedudukan seperti itu," kata Encik Lee.



"Ia mungkin tidak akan kembali kepada keadaan lalu seluruhnya, tentu sekali dalam jangka pendek dan tentu sekali dari segi hubungannya dengan China," tambah beliau.



Namun, beliau juga berkata Encik Biden mengenali Presiden China, Encik Xi Jinping, dengan rapat, dengan mereka telah meluangkan banyak masa bersama apabila mereka mengunjungi negara satu sama lain.



"Pendekatan peribadi di peringkat tertinggi adalah penting," kata beliau, apabila ditanya bagaimana Encik Biden mungkin akan berurusan dengan China mengenai isu seperti hak asasi manusia.



"Juga sama penting adalah bagaimana setiap negara melihat satu sama lain dan niatnya, dan sama ada mereka melihat kemungkinan dapat bekerjasama untuk mengurangkan percanggahan tidak dapat dielakkan yang akan timbul antara mereka," kata Encik Lee.



China, bagi pihak mereka, tidak mahu ada percanggahan dengan Amerika. Namun pada masa sama, Encik Lee berkata, "saya tidak pasti mereka bersedia mengalah."



China kemungkinan berpandangan bahawa kekayaan dan kuasanya yang semakin meningkat telah menghasilkan situasi yang memberi manfaat kepada semua pihak bagi dunia, kata beliau.



"Keadaan (hubungan antara Amerika dengan China) telah menjadi lebih baik, namun banyak negara rasa bahawa keadaan perlu disesuaikan. Penyesuaian itu akan menjadi amat sukar untuk dilakukan," kata beliau.




"Lebih banyak negara mengelak daripada melakukannya (pertikaian perdagangan), mereka akan lebih dipercayai apabila mereka berkata kami percaya dengan perdagangan pelbagai pihak, dan mereka percaya dalam pembangunan yang saling menguntungkan dan kerjasama dengan jiran-jiran kita."
- PM Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >