Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

PM Lee lahir penghargaan kepada pekerja asing

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



USAHA mengawal penularan wabak Covid-19 di dormitori pekerja ialah satu usaha besar-besaran yang telah menggabungkan tenaga banyak pihak, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Ini termasuk agensi pemerintah, pekerja penjagaan kesihatan, sektor privet, dan juga pekerja sendiri.



Sempena Hari Pekerja Asing semalam, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada golongan tersebut atas sumbangan negara mereka kepada negara ini.



Dengan keadaan semakin pulih, Encik Lee berkata pekerja asing kini diberi kelonggaran di dormitori dan juga dalam masyarakat.



"Selain mengunjungi Pusat Rekreasi, anda kini dapat menikmati aktiviti bersama seperti memasak dan bersukan.



"Sekiranya jumlah kes tetap rendah dalam masa akan datang, kami mungkin dapat membuat kelonggaran lagi," ujarnya dalam satu ucapan video yang dimuat naik ke laman Facebooknya.



Namun begitu, Encik Lee menjelaskan mereka masih perlu berjaga-jaga dan terus bekerjasama bersama pemerintah dan majikan untuk menjaga keselamatan semua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >