Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Laksanalah tanggungjawab sosial semasa musim cuti CNY

MOHD NOOR A. RAHMAN

Jan 31, 2022 | 07:03 AM



TERUSKAN melaksanakan tanggungjawab sosial dan mengambil langkah berjaga-jaga sedang warga Singapura berkumpul dan meraikan cuti Tahun Baru Cina (CNY).



Memberi pesanan itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, juga berkata walaupun wabak Covid- 19 pada awalnya telah mengurangkan bilangan perkahwinan di sini, namun ramai pasangan telah meneruskan rancangan mereka, dengan pemerintah menyokong kuat rakyat yang mahu memulakan keluarga dan mempunyai anak.



Dalam catatan Facebooknya semalam sempena CNY, Encik Lee berkata sedang rakyat berkumpul dan meraikan tempoh cuti sekarang, langkah pengurusan selamat Covid-19 harus juga dijaga.



"Lagipun, kita ingin menjaga orang tersayang dengan memastikan mereka selamat. Ingatlah untuk mematuhi langkah pengurusan selamat, dan teruskan amalan kebersihan asas seperti mencuci tangan dan menggunakan perkakas makanan khas semasa berkongsi makanan.



"Jika ada yang rasa kurang sihat, berehatlah di rumah, asingkan diri dan dapatkan rehat yang mencukupi, seandainya anda dijangkiti," katanya.



Mendapatkan vaksin juga adalah satu cara penting untuk memastikan keluarga selamat. Vaksinasi adalah selamat dan berkesan. Ia mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19, dan lebih penting mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat komplikasi serius, termasuk bagi varian Omicron, kata Encik Lee.



"Ini benar buat semua orang - bukan sahaja kanak-kanak dan remaja, bahkan juga dan terutamanya mereka yang lemah dan warga emas," terang beliau.



Menyentuh tentang perkahwinan di sini, beliau berkata selepas tempoh dua tahun Covid-19 di sini, bilangan perkahwinan telah mula meningkat dan kembali pada paras sebelum pandemik.



Bilangan kelahiran pula telah menurun sedikit, namun tidak seperti yang dibimbangi pemerintah.



"Covid-19 atau tidak, ibu bapa dan datuk nenek masih amat berharap untuk mengalu-alukan ketibaan (anggota keluarga) baru.



"Bayi membawa kegembiraan dan kemesraan kepada seluruh keluarga, dan membawa harapan dan impian kita bagi hari esok yang lebih cerah," ujar Encik Lee.



Pemerintah amat menyokong rakyat Singapura yang ingin memulakan dan membesarkan keluarga. Geran Sokongan Bayi, yang memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa semasa wabak, adalah hanya satu contoh.



"Saya berharap bilangan perkahwinan dan kelahiran akan kembali meningkat pada Tahun Harimau ini," tambahnya.



Sempena tahun baru itu, Encik Lee meminta rakyat agar bekerjasama dalam mengatasi wabak itu dengan "kekuatan harimau", dan merebut peluang baru untuk membina Singapura yang lebih baik.



"Saya berharap semua rakyat Singapura dalam keadaan sihat, dan Selamat Tahun Baru Cina," tulisnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >