Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lancar River Hongbao di Gardens by the Bay

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



ACARA River Hongbao tahun ini dilancarkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Gardens by the Bay semalam.



Ini kali kedua acara itu diadakan di situ, selepas lebih 10 tahun ia berlangsung Pentas Terapung Marina Bay. Tahun ini ia berjalan hingga 6 Februari.



Acara terkenal sempena Tahun Baru Cina itu dijalankan di Singapura sejak 1987.



Dalam edisi ke-36 ini, orang ramai antara lain dapat menikmati pameran 30 tanglung - enam lebih banyak daripada tahun lalu - dan pameran Nian Hua, iaitu lukisan cap blok kayu ucapan Tahun Baru Cina, sambil bersiar-siar di sekitar luar taman luas itu.



Bagi mengelakkan kesesakan di acara itu, pengunjung dikehendaki membuat tempahan slot dalam talian sebelum membuat lawatan.



Setiap slot mempunyai kapasiti maksimum 4,400 orang.



Pada akhir setiap sesi, pengunjung mempunyai setengah jam untuk mengosongkan kawasan itu sebelum kumpulan seterusnya dibenarkan masuk.



Lebih 100 sukarelawan dan duta jarak selamat akan dikerahkan di kawasan itu bagi menguruskan orang ramai.



Orang ramai juga boleh menikmati acara itu dalam talian.



Penganjur telah mengembangkan elemen dalam talian dengan menyertakan acara seperti peraduan dan kuiz merentasi empat platform - Instagram, TikTok, Facebook dan laman web River Hongbao.



Ia turut memasukkan permainan bergerak #HuntYourZodiac oleh bank POSB yang membolehkan pemain memburu haiwan dalam kaleran Cina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >