Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Langkah jadi warga baru adalah proses dua hala

Sep 23, 2018 | 04:50 PM



LANGKAH menjadi warga baru Singapura merupakan satu komitmen yang mendalam dan proses dua hala, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa berucap di satu upacara bagi menyambut warga baru di kawasan undinya hari ini (23 September).



Majlis yang dihadiri 150 warga baru dari Ang Mo Kio dan Sengkang West itu diadakan di Kelab Masyarakat Teck Ghee.



“Warga Singapura yang lain menyambut anda sebagai sebahagian keluarga mereka secara rasmi hari ini dan anda akan memperkayakan lagi kepelbagaian masyarakat kita dengan pengalaman, kemahiran, bakat dan kemesraan anda,” kata Encik Lee.



Encik Lee yang juga penasihat kepada pertubuhan akar umbi GRC Ang Mo Kio berkata warga baru ini juga harus menyumbang kepada negara ini.



Beliau turut menarik perhatian bahawa sejarah Singapura dan kejayaan yang dicapainya adalah hasil usaha pendatang dari jauh dan dekat.



Antara mereka yang menerima sijil kerakyatan mereka di majlis tersebut termasuk jurutera sofwe Encik Nguyen The Huy, 39 tahun, dan Cik Tran Thi Tuyet Mai, 32 tahun, yang telah bekerja di Singapura selama sekitar sedekad sejak selesai pengajian di Universiti Nasional Singapura (NUS).



“Kami menghargai kepelbagaian dalam sistem di sini dan yakin ini akan membantu anak-anak kami meraih perspektif dunia yang lebih luas,” kata Encik Huy.



Pasangan yang dilahirkan di Vietnam itu mempunyai dua anak yang berusia satu dan enam tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >