Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee lawat memorial 9/11 di New York

Mar 29, 2016 | 10:33 AM

NEW YORK: Perdana Menteri Lee Hsien Loong melawat memorial dan muzium memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di New York, pada Isnin (28 Mac).

Encik Lee meletak sejambak bunga putih di kolam selatan memorial itu dan bertafakur sebelum memulakan lawatan ke muzium.

Memorial tersebut - dua kolam besar yang terletak di tapak asal menara Pusat Dagangan Dunia - dibuka kepada orang ramai pada 2011. Muzium bawah tanah itu, yang termasuk banyak artifak daripada serangan tersebut, siap tiga tahun kemudian.

Bahan pameran di muzium seluas 110,000 kaki persegi itu termasuk struktur keluli remuk dari menara tersebut, sebuah tangga yang digunakan ramai orang untuk melarikan diri dari bangunan itu dan sebuah batu-bata dari rumah di Pakistan tempat pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden ditembak.

Encik Lee akan menamatkan lawatan beliau ke New York pada Rabu (30 Mac), kemudian menuju ke Washington, DC bagi menghadiri Sidang Puncak Keselamatan Nuklear keempat.

Sidang puncak itu menghimpunkan lebih 50 pemimpin dari seluruh dunia untuk membincangkan cara menangani ancaman senjata nuklear.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3