Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lawat Muhyiddin di hospital

Aug 04, 2018 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah melawat Menteri Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di hospital kelmarin.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Encik Lee berkata Tan Sri Muhyiddin sedang beransur pulih di sebuah hospital di Singapura selepas menjalani satu pembedahan.



Encik Lee turut melahirkan rasa syukur bahawa pembedahan itu, yang bertujuan membuang ketumbuhan di pankreas, berjaya dan Tan Sri Muhyiddin kini dalam keadaan baik.



"Saya berkongsi dengan beliau nasihat doktor saya semasa saya sakit - bersederhana semasa makan tapi tak perlu berpantang.



"Saya ingat lagi saya masih dapat menikmati durian!" ujar Encik Lee.



Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin turut memuat naik gambar beliau bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, serta Encik Lee yang diambil di wadnya, di laman Facebook beliau.



Sebelum ini, beberapa menteri Malaysia, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, juga telah berkunjung ke Singapura hujung minggu lalu untuk melawat Tan Sri Muhyiddin.



Laman Facebook rasmi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut memaparkan beberapa gambar lawatan Tun Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pendidikan Maszlee Malik.



Tan Sri Muhyiddin dilaporkan beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal pada 12 Julai lalu.



Sepanjang tempoh berkenaan, tugas Menteri Dalam Negeri dipangku Dr Mahathir ekoran Tan Sri Muhyiddin yang kini bercuti sakit selepas pembedahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >