Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI PEKERJA

PM Lee: Lebih banyak bantuan bagi pekerja gaji rendah

Model Gaji Progresif (PWM) akan diluaskan kepada lebih banyak sektor seperti makanan dan runcit; sasaran seganda pekerja di bawah PWM
May 02, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak usaha akan diumumkan pemerintah untuk menolong para pekerja bergaji rendah.



Ini sedang usaha melindungi golongan yang lemah menjadi keutamaan pemerintah, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



Pemerintah telah bekerjasama dengan majikan dan gerakan buruh untuk meluaskan Model Gaji Progresif (PWM), kata Encik dalam ucapan Rapat Hari Pekerja semalam.



Pemerintah telah bekerja rapat dengan rakan-rakan tiga pihak untuk meluaskan model tersebut kepada lebih banyak sektor seperti makanan dan runcit.



"Ini bukan hanya satu latihan bersifat teori, tetapi strategi praktikal dan berkesan dalam memperbaiki kehidupan pekerja bergaji lebih rendah.



"Dan kami merancang menambah sebanyak lebih berganda daripada jumlah pekerja yang diliputi dibawah Model Gaji Progresif dalam masa beberapa tahun lalu.



"Kami juga sedang mengusahakan beberapa rancangan lain untuk menyokong pekerja bergaji rendah juga," ujar Encik Lee kepada para ketua kesatuan, yang menyertai acara itu secara fizikal dan maya.



Menteri Negara Kanan bagi Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad sedang menyelaraskan usaha ini bagi pihak Kementerian Tenaga Manusia dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) turut terlibat.



Tambah Encik Lee, beliau akan menyentuh tentang rancangan-rancangan ini dalam Rapat Hari Kebangsaan pada Ogos ini.



Pada masa sama, Encik Lee turut menekankan peri pentingnya untuk pekerja menimba kemahiran yang tepat agar dapat memanfaatkan peluang pada masa depan.



Dalam hal ini, pemerintah telah banyak melabur dalam Skim SkillsFuture dan akan berbelanja sekitar $1.4 bilion bagi beberapa tahun mendatang, kata beliau.



NTUC, menurut Encik Lee, adalah rakan kritikal bagi pemerintah untuk mengubah tenaga kerja.



Dalam ucapannya itu juga, beliau menekankan bahawa gerakan buruh harus terus mencipta semula diri kerana profil tenaga kerja yang berubah-ubah di Singapura.



Jelasnya, jumlah karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) telah meningkat, daripada hampir separuh daripada tenaga kerja penduduk sedekad lalu kepada sekitar 60 peratus hari ini.



Selain itu, bilangan pekerja 'gig' atau bebas, tumbuh dalam masa tiga tahun kepada lebih seganda, atau 70,000 pekerja.



"Ini sebabnya terdapat respon untuk Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS) semasa krisis ini. Bilangan pekerja lebih berusia juga tumbuh dengan signifikan," ujarnya.



Tambah Encik Lee, NTUC kini sedang mendekati kumpulan pekerja yang berbeza itu untuk memahami keperluan mereka dan menyokong mereka menerusi bantuan khusus.



Memberi reaksi terhadap ucapan Encik Lee, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja ST Engineering, Encik Sazali Zainal berkata:



"Gesaan Perdana Menteri agar pekerja giat menjalani latihan semula adalah wajar. Ini kerana banyak industri akan lenyap atau tidak relevan disebabkan oleh Covid-19.



"Akan terdapat lebih banyak industri berteknologi tinggi yang akan muncul.



"Jadi pekerja perlu menjalani latihan semula untuk mendakap teknologi baru agar dapat maju ke depan dalam pekerjaan baru mahupun industri baru."



Maka itu, Pengarah NTUC yang juga Mayor CDC South East, Encik Fahmi Aliman menyeru kepada pekerja Melayu agar tidak melepaskan peluang yang ditawarkan menerusi pelbagai wadah.



"Terus tingkatkan diri dan berani berpindah ke sektor lain, jika perlu. Manfaatkan pelbagai wadah yang ada untuk pekerja," nasihatnya.



Encik Sazali juga menarik perhatian tentang keunikan kerjasama tiga pihak yang wujud di Singapura, yang banyak menyumbang kepada huraian.



"Hujah Encik Lee memang tepat tentang hubungan erat antara NTUC dan pemerintah. Sebab di mana-mana negara, lazimnya, dua pihak ini selalu bergeseran. Di sini, kami mungkin bercanggah pendapat tetapi kami akan mencari satu titik persamaan dan mencari huraian dalam masalah."




''Sejarah NTUC yang dibentangkan dalam ucapan Perdana Menteri mengingatkan kita kembali kepada permulaannya dan hubungan kerjasamanya dengan pemerintah dan ini memberi kita semangat baru, lebih-lebih lagi bagi saya yang agak baru dalam usaha kerjasama tiga pihak, dalam melakukan yang terbaik dalam membantu pekerja... Penubuhan Yayasan NTUC pula menunjukkan komitmen pemerintah dan NTUC dalam membantu pekerja, bukan sahaja bergaji rendah tetapi semua lapisan di samping memberi fleksibiliti untuk menyokong mereka dalam apa cara.''
- Encik Fahmi Aliman, Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Mayor CDC South East.




''Perdana Menteri menekankan pentingnya kerjasama dan hubungan di antara NTUC dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP), kerana inilah yang membolehkan kita berada di mana kita sekarang. Ini sesuatu yang perlu disedari oleh semua ketua kesatuan. NTUC bukanlah satu pihak yang menentang sebab kededua NTUC dan pemerintah berkhidmat demi satu matlamat bersama iaitu ekonomi Singapura. Dengan kerjasama yang erat, lebih mudah untuk kita mencari huraian bagi pekerja kita.''
- Encik Abdul Samad Abdul Wahab, Naib Presiden NTUC, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage), Anggota Parlimen Dilantik




''Seruan untuk menggalak pekerja dalam pembelajaran sepanjang hayat adalah bertepatan agar dapat menggalak mereka untuk meluaskan kemahiran demi merebut peluang pekerjaan lebih baik kerana pekerjaan bukan mudah dalam pandemik ini. Pekerja harus keluar dari zon keselesaan agar kekal dalam pasaran kerja. Saya juga gembira yang Encik Lee menggalak lebih ramai ketua buruh wanita untuk tampil ke depan dan menyumbang. Kami benar-benar memerlukan lebih ramai untuk wanita untuk menggerakkan inisiatif pembangunan wanita pada masa depan.''
- Cik Noorfarahin Ahmad, Naib Presiden Gabungan Kesatuan Pekerja Awam (AUPE), Pengerusi bersama Jawatankuasa Wanita dan Keluarga NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >