Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Lebih banyak SMC, GRC lebih kecil dalam pilihan raya akan datang

Jan 27, 2016 | 06:23 PM



PILIHAN Raya Umum akan datang akan menyaksikan secara purata saiz kawasan undi perwakilan berkumpulan (GRC) yang lebih kecil manakala kawasan undi perseorangan (SMC) akan ditambah.


Menyatakan demikian semasa berucap di Parlimen hari ini, Rabu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata tarikh pilihan raya akan datang masih jauh lagi.


Namun, apabila beliau melantik Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya, Encik Lee akan mengarahkan ia supaya mengecilkan saiz GRC dan mewujudkan lebih banyak SMC.


Kini terdapat 16 GRC dan 13 SMC.


Encik Lee berkata sistem GRC yang diperkenalkan dalam 1988 telah memberi manfaat yang baik dan harus dikekalkan.


Namun beliau menekankan perlunya untuk memberi imbangan yang betul antara bilangan GRC yang besar dan GRC yang kecil, dan antara bilangan GRC dan SMC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >